Kerajaan Negeri Perak akan meminta bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan rumah mampu milik yang dibina di Perak hanya untuk yang paling layak, sejajar dengan manifesto kerajaan akan menyediakan satu juta rumah mampu milik.
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata sedemikian di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan syarikat pemaju perumahan MK Land Holdings Bhd di Damansara Perdana hari ini.
Kawasan seluas 226 ekar di Simpang Pulai akan dibangunkan sebagai pembangunan rumah mampu milik serta pembangunan bercampur yang berjumlah lebih kurang 2,200 unit.
Ia juga akan merangkumi 1,100 unit rumah teres mampu milik.
Ini merupakan kali pertama MB Inc. bekerjasama dengan MK Land untuk membina rumah mampu milik dan pembangunan bercampur.
MOU untuk projek tersebut disaksikan oleh Ahmad Faizal dan Pengerusi Eksekutif MK Land, Felina Mustapha Kamal.
MB Inc. diwakili oleh Anuar Zainal Abidin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan MK Land oleh Pengurus Besar Kanan Kumpulannya Kamarulzaman Abu Bakar.
Menerusi Memorandum Persefahaman itu, tanah yang terletak di Mukim Teja dan Sungai Raya itu akan dibangunkan oleh sebuah syarikat usahasama di antara MB Inc, dan MK Land.
Ahmad Faizal berkata, pihaknya menyambut baik usaha MK Land dalam menyediakan kediaman yang mampu dimiliki oleh rakyat.
Kerajaan negeri Perak menyasarkan 50,000 unit rumah mampu milik bagi lima tahun yang akan datang di seluruh negeri Perak.
"Ini bukan sekadar memenuhi kuota. Kerajaan komited ke arah memastikan penyediaan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat terutamanya kepada kumpulan sasaran B40 dan yang di bawah kumpulan sasaran B40. Unit-unit ini juga akan lebih selesa, lebih besar dan mesra rakyat," kata Ahmad Faizal.
Kumpulan B40 pada umumnya mempunyai pendapatan RM2,000 ke bawah.
Ujar Felina, ini bukanlah kali pertama MK Land juga akan bekerjasama dengan SPRM untuk memastikan rumah mampu milik menjadi kepunyaan rakyat yang sebenar-benarnya layak.
"Kami pernah meminta bantuan SPRM semasa projek perumahan kami di Damansara Damai," kata Felina.
Fasa Satu dianggarkan siap dalam masa tiga tahun dengan sebanyak 200 unit dan bakinya 200 unit setiap tahun mengikut sambutan dari pembeli.
Baki keluasan tanah tersebut akan dimajukan sebagai pembangunan bercampur mengikut permintaan pasaran.
MK Land menganggarkan seramai 11,000 penduduk akan mendiami kawasan yang dibangunkan ini apabila siap kelak.
Ujar Felina, berbekalkan pengalaman selama lebih 35 tahun dalam industri hartanah, pihak MK Land amat yakin akan dapat melaksanakan skim perumahan ini di Perak dengan kerjasama pihak kerajaan negeri.
Kerajaan negeri Perak berharap kawasan Simpang Pulai akan menjadi kawasan 'new growth centre' untuk kawasan berhampiran Ipoh.
Zakiah Koya
Wed Aug 15 2018
Ahmad Faizal (dua dari kanan) dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan syarikat pemaju perumahan MK Land Holdings Bhd di Damansara Perdana hari ini. - Astro AWANI
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.