Dua pengarah syarikat SRC International Sdn. Bhd. ketika ini sedang membuat perancangan untuk ditemu ramah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan suruhanjaya itu.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis beliau kepada soalan ahli parlimen Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada sidang parlimen pagi ini.
“Untuk makluman, berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pihak pengurusan SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin sedang membuat perancangan untuk ditemu ramah oleh SPRM pada masa terdekat untuk membantu siasatan SPRM.
“Justeru, kedudukan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah SRC adalah tidak timbul sama sekali,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Teo dalam soalannya bertanya sama ada pelantikan Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin sebagai pengarah SRC International Sdn. Bhd. akan dibatalkan kerana dikatakan enggan bekerjasama dengan siasatan SPRM.
Selain mereka berdua, SPRM turut meminta ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low untuk membantu siasatan berhubung siasatan SPRM ke atas SRC. Satu notis turut dikeluarkan 22 Ogos lalu untuk ketiga-tiga mereka menghubungi SPRM secepat mungkin berkaitan perkara itu.
Adalah dilaporkan Low telah menghubungi SPRM dan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Astro Awani
Thu Oct 22 2015
Teo dalam soalannya bertanya sama ada pelantikan Nik Faisal Ariff Kamil and Datuk Suboh Md Yassin sebagai pengarah SRC International Sdn. Bhd. akan dibatalkan kerana dikatakan enggan bekerjasama dengan siasatan SPRM.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Isu tahanan di rumah, Titah Adendum hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan akta tahanan di rumah dan Titah Adendum yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menghangatkan sesi Dewan Rakyat pada Rabu.
RUU tahanan rumah, KDN beri penjelasan Khamis ini
KDN akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.
1MDB: Keterangan menentang Najib, umpama tamatkan hayat sendiri - Hakim
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, ini kerana kedudukan Najib ketika kejadian ialah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Najib kecewa dengan keputusan hakim - Peguam
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kekecewaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.