Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin terdapat pihak tertentu melatih sekumpulan orang untuk membuat kacau semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, baru-baru ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.
Beliau berkata kumpulan itu juga bergerak dari satu PRK ke PRK dengan tujuan tertentu bagi memperlihatkan perjalanan PRK tidak bersih.
"Kita melihat muka-muka sama iaitu orang luar berada di Sungai Limau, semasa pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri itu berlangsung baru-baru ini. Muka-muka ini juga dilihat semasa PRK Kuala Besut berlangsung.
"SPR bagaimanapun tiada kuasa mengambil tindakan terhadap mereka kerana ia di bawah bidang kuasa polis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada para petugas PRK Sungai Limau dalam jamuan malam di sini, malam tadi.
Beliau berkata keadaan sama berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) dan lebih tertumpu di kawasan tertentu namun PRK lebih ketara kerana menjadi tumpuan ramai.
Abdul Aziz berkata SPR juga mendapati badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik pihak tertentu bertindak di luar bidang kuasa terutama dalam PRU iaitu menahan kenderaan dan orang tempatan yang rupanya seperti rakyat asing.
Beliau berkata tindakan NGO tersebut seolah-olah membantu parti politik tertentu kerana pemerhati dan pemantau yang dilantik oleh SPR hanya membuat catatan bertujuan menambah baik perjalanan pilihan raya.
Menurutnya masalah lain yang sukar diatasi ialah budaya rakyat Malaysia enggan mematuhi peraturan waktu berkempen yang tamat pada pukul 12 tengah malam kerana mereka terus berkempen pada hari mengundi.
"Mereka seharusnya balik selepas waktu itu namun masih lagi datang pada hari mengundi untuk merayu pengundi dengan membawa poster calon. Mereka memberi alasan bukan kempen tetapi meraih dan merayu namun bagi SPR ia adalah kempen.
"Saya ingin menegaskan SPR sentiasa bertindak profesional. Kami tidak membantu kemenangan atau kekalahan calon. Kita layan semua pihak sama rata," kata Abdul Aziz.
Beliau berkata PRK Sungai Limau baru-baru ini berjalan dengan baik kecuali satu kes seorang jentera Pemuda PAS menumbuk seorang petugas Wanita Barisan Nasional yang mencemarkan PRK itu.
Katanya menjadi tradisi SPR mengadakan post-mortem setiap PRK selepas sebulan ia berlangsung untuk mengkaji setiap maklum balas daripada kumpulan petugas terbabit kecuali parti politik.
Abdul Aziz berkata setiap maklum balas bermula daripada proses penamaan calon, kempen, hari mengundi, pengiraan undi dan pengumuman keputusan dikaji dengan teliti supaya kesilapan sama tidak dilakukan pada masa akan datang.
Mesyuarat post-mortem itu berlangsung hari ini di sini turut dihadiri semua pegawai kanan SPR.
Bernama
Sat Dec 07 2013

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff - Gambar Fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

SPR mahu kuasa audit dana kempen pilihan raya - Abdul Aziz
Had perbelanjaan dana politik perlu dikaji semula selain pemantauan terperinci mengenai kesahihan sumber dan penggunaan dana itu.

SPR: Kekacauan perjalanan PRK didalangi parti politik
Beliau berkata kumpulan itu juga bergerak dari satu PRK ke PRK dengan tujuan tertentu bagi memperlihatkan perjalanan PRK tidak bersih.