KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan tidak hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya walaupun membayar kompaun RM1.1 juta sebagai penyelesaian terhadap dua pertuduhan jenayah yang dihadapinya di mahkamah, kata peguamnya.
Menurut peguam beliau, jaminan itu diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa rundingan penyelesaian kes berkenaan dengan Jabatan Peguam Negara, sejak awal tahun ini.
Dalam kenyataan Firma Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq yang mewakilinya, jaminan SPR tersebut membawa kepada keputusan anak guam mereka untuk menilai pembayaran kompaun sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.
"Penyelesaian ini adalah bukan pengakuan bersalah Datuk Seri Ahmad Maslan terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau dan proses penyelesaian ini dibuat menurut undang-undang dan telah melalui proses yang telus dan teratur.
“Proses penyelesaian ini adalah semata-mata bagi tujuan kes ini dan tiada sebarang kaitan dengan apa-apa faktor politik atau luaran dan tidak melibatkan mana-mana orang atau agensi lain selain agensi siasatan dan agensi pendakwaan yang terlibat,” kata kenyataan itu.
BACA: Ahmad Maslan bebas tuduhan gagal isytihar RM2 juta, beri kenyataan palsu
BACA: Kompaun terhadap Ahmad Maslan adalah tindakan punitif - SPRM
Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang hilang kelayakan sebagai calon pilihan raya sekiranya disabitkan kesalahan dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000.
Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq turut mendedahkan proses penyelesaian itu mengambil masa hampir setahun sebelum direkodkan di mahkamah.
Ia juga memperincikan komunikasi antara mereka dengan pihak SPR sehingga membawa kepada penarikan balik kes.
Hakim Rahman
Wed Sep 29 2021

Peguam Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jaminan itu diberikan oleh SPR semasa rundingan penyelesaian kes berkenaan dengan Jabatan Peguam Negara, sejak awal tahun ini. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.