KUALA LUMPUR: Selepas 33 hari bersidang, Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 melabuhkan tirai hari ini dengan 16 rang undang-undang diluluskan termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022).
Sidang yang berlangsung bermula 25 Okt turut mencipta sejarah apabila lebih dua pertiga Ahli Parlimen menyokong kelulusan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dibuat bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Selain itu, antara yang turut diluluskan ialah Rang Undang-Undang Kewangan 2021; Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021; Rang Undang-Undang Paten (Pindaan) 2021; Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020.
Persidangan Dewan Rakyat yang sepatutnya berakhir pada 16 Dis lepas ditambah sehari pada hari ini bagi membolehkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dibincang dan diputuskan.
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan (KKM), Khairy Jamaluddin menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua dan ketiga ke sesi akan datang.
Sebelum menamatkan persidangan kali ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun mencuri tumpuan apabila menggunakan pantun dalam ucapan penutupnya yang dilihat menceritakan ragam Ahli-ahli Parlimen ketika bersidang antaranya P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan), RSN Rayer (PH-Jelutong), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) dan Khairy (BN-Rembau).
Antara rangkap pantun itu:
Batu Kawan berwarna-warni,
Jelutong pula tidak habis berdiri,
Setiap hari kita di sini,
Amanah rakyat kita penuhi.
Yang Amat Berhormat Bera orangnya tenang,
Rembau pula orangnya tampan,
Yang Dipertua kadang-kadang memanglah naik berang,
Namun apa-apa pun dihati tak pernah disimpan.
Azhar berkata, persidangan kali ini telah diadakan dengan mengambil kira cabaran penularan wabak COVID-19 yang masih berlarutan dengan pelbagai langkah diambil termasuk mewajibkan ujian RTK Ag Saliva secara berkala di samping menggalakkan pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada semua Ahli Parlimen. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021

Azhar Azizan Harun mencuri tumpuan apabila menggunakan pantun dalam ucapan penutupnya yang dilihat menceritakan ragam Ahli-ahli Parlimen selepas 33 hari Dewan Rakyat bersidang. - Gambar fail BERNAMA

Ramanan serah elaun, gaji kepada enam surau sekitar Sungai Buloh sempena Ramadan
Ahli Parlimen Sungai Buloh serah gaji dan elaunnya kepada enam surau sekitar Parlimen diwakilnya.

Serpihan SpaceX Starship jejas 240 penerbangan
FAA mengeluarkan arahan henti berlepas selama lebih sejam untuk pesawat di empat lapangan terbang Florida.

Anda kini boleh siar kandungan Telegram dengan Google Cast
Melaluinya, pengguna hanya perlu membuka video, mengetik ikon tetapan dan memilih Chromecast untuk memulakan tontonan.

CENTHRA kutuk kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, anggap satu pengkhianatan
"Keadilan tidak boleh sekadar menjadi retorik kosong. Dunia akan mengingati siapa yang berdiam diri dalam menghadapi kezaliman ini."

Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Masjid tersebut hangus dan sebahagiannya terbakar selepas operasi ketenteraan yang dilaporkan berlaku antara pukul 2 pagi dan 6.30 pagi.

Aneka kuih talam Cik Mah 'licin' dalam masa sejam
Kuih talam Cik Mah yang dijual sejak 40 tahun lepas sentiasa menjadi tumpuan peminat kuih tradisional setiap kali menjelangnya Ramadan.

12 cedera insiden tembakan di pub Toronto
Insiden itu merupakan situasi dalam kawalan dengan kecederaan dialami mangsa berada pada tahap ringan hingga kritikal.

Angka korban ribut di selatan Argentina meningkat kepada 13
Angka korban akibat ribut dahsyat yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 13 orang.

Banjir: Jumlah mangsa dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi ini.

Yusri Che Lah akui ketangkasan Muhammad Aqil antara punca Perak FC gagal raih tiga mata di Manjung
Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.

Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.

Speaker Dewan Rakyat panggil KSU setiap kementerian lihat akta lapuk
Langkah itu perlu bagi membincangkan undang-undang yang tidak lagi relevan atau sesuai dengan era digital dan perlu ditambah baik agar seiring dengan peredaran masa.

Malaysia, Iran bincang perkukuh hubungan dua hala
Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengadakan pertemuan pada Isnin untuk membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau.

Yael Braun-Pivet dipilih semula sebagai Speaker Dewan Rakyat Perancis
Ahli parlimen Perancis telah memilih Yael Braun-Pivet, sebagai Speaker Dewan Rakyat untuk penggal kedua pada Khamis.

Parlimen bebas dari dipengaruhi kerajaan - Khaled Nordin
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat kekalkan enam Ahli Parlimen Bersatu bersifat peribadi.

Keputusan pengosongan kerusi Ahli Parlimen Bersatu di tangan Speaker Dewan Rakyat - Penganalisis
Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan mengikut budi bicaranya, kata Nik Ahmad Kamal.

Bersatu serah notis kekosongan enam kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat
Notis pemakluman kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu telah diserah dan diterima pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Speaker Dewan Rakyat akan pastikan laporan projek LCS dibahas di Parlimen
Johari berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.