SHAH ALAM: Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan kesemua majikan di Malaysia untuk memberi bantuan sebulan gaji sebagai persediaan hari perayaan.
Presidennya, J Solomon berkata, pemberian berkenaan akan memperkasakan pekerja golongan kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dalam meraikan sambutan serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan merentasi pelbagai agama bagi memaparkan kekayaan sebenar Malaysia.
“Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi pada 2024, ditambah pula dengan peningkatan keuntungan dinikmati pihak majikan, penarikan bantuan perayaan jelas sesuatu yang tidak dapat dijustifikasikan.
“Kita mesti melindungi hak pekerja untuk kehidupan memuaskan, yang turut termasuk menyambut kekayaan budaya kita tanpa bebanan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada tahun 2023, beliau berkata, kerajaan Selangor bermurah hati memberikan sebulan gaji sebagai bantuan perayaan untuk pekerja dan perkara itu merupakan satu tindakan yang patut diraikan.
Tambah Solomon, hasil pembelaan berterusan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan bank-bank turut memberikan bantuan serupa kepada pekerja mereka.
“Bagaimanapun, tindakan menarik balik sokongan itu tahun ini, walaupun telah ada perjanjian sebelum ini, amat mengejutkan dan membingungkan.
“Tindakan itu seperti meremehkan manfaat asas pekerja dan arahan jelas PMX untuk mementingkan kebajikan pekerja.
“Ini terutamanya dilihat apabila kebanyakan syarikat berkenaan, termasuk Syarikat Berkait Kerajaan (GLC) yang menikmati keuntungan tinggi dan sebahagiannya boleh saja dikongsikan sebagai bantuan perayaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Indonesia menunjukkan contoh luar biasa, apabila mewajibkan pemberian sebulan gaji sebagai bantuan perayaan untuk pekerjanya.
Jelas Solomon, amalan berkenaan amat membantu khususnya pekerja berpendapatan rendah, dengan memastikan semangat perayaan terus dirasai tanpa dibelenggu kebimbangan kewangan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 19 2024

SPCAAM menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan kesemua majikan di Malaysia untuk memberi bantuan sebulan gaji sebagai persediaan hari perayaan. - Gambar hiasan/Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

BNM perlu transformasi menyeluruh - SPCAAM
Kegagalan menyiasat lima buah bank yang terbabit dengan sindiket antarabangsa memperlihatkan ketidakcekapan yang ketara di pihak BNM.

SPCAAM jadi pemudah cara bantu masyarakat dapatkan perlindungan sosial
Melibatkan akses kepada kemudahan perubatan, perumahan dan pekerjaan untuk setiap lapisan masyarakat.