Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Bekalan Air ditugaskan untuk menjalankan audit mengenai sistem air semasa di semua negeri.
Menurut Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar, audit berkenaan akan menumpukan kepada sistem serta pengurusan air semasa dan pada masa yang sama mengenal pasti rancangan dan penyelesaian dalam menangani sebarang krisis air.
"Pembangunan masa kini menjadikan permintaan air lebih tinggi berbanding bekalan. Oleh itu, kita perlu berbincang dan menyusun semula rancangan kita mengenai sumber air untuk 25 tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen Air Antarabangsa Malaysia 2019, di Kuala Lumpur pada Khamis.
Dr Xavier berkata, pada masa ini, tidak ada data sebenar mengenai keseluruhan ekosistem industri air di negeri-negeri.
Mengenai perancangan untuk memanfaatkan bekalan air bawah tanah sebagai alternatif bagi menyelesaikan masalah air di negara ini, beliau berkata kajian kementerian tentang idea itu dijangka siap tahun depan.
"Menurut Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan dan jabatan-jabatan lain di kementerian, Malaysia mempunyai sumber air bawah tanah yang besar yang belum kita terokai dan kita mungkin mempunyai lima trilion meter padu air bawah tanah dan apa yang perlu kita lakukan ialah memanfaat kira-kira 20 peratus daripadanya untuk mempunyai rizab air yang kita perlukan.
"Sekarang adalah masa untuk mencari permukaan aktif yang memberikan bekalan air berterusan dan mencari cara bagaimana kita akan memanfaatkannya," katanya.
Dr Xavier berkata air bawah tanah juga boleh menjadi sumber bagi Malaysia untuk menghadapi musim kemarau yang dijangka lebih lama disebabkan oleh perubahan iklim.
Bernama
Thu Jul 25 2019
XAVIER: Pembangunan masa kini menjadikan permintaan air lebih tinggi berbanding bekalan. Oleh itu, kita perlu berbincang dan menyusun semula rancangan kita mengenai sumber air untuk 25 tahun akan datang. -Gambar fail
Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, suami masih di dalam
Selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca kemenangan Trump | Navigasi ASEAN dalam era baharu AS
Ann Francke, CEO Chartered Management Institute, membincangkan implikasi pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap ASEAN. Francke memberikan pandangan tentang pendekatan strategik yang boleh diambil oleh negara-negara ASEAN untuk menghadapi cabaran dan peluang yang dibawa oleh pentadbiran baharu AS.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Percepat transformasi digital | Naik taraf segera kemudahan | Isu Laut China Selatan
Tumpuan AWANI Borneo 7 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Kerjasama Huawei-Sarawak tingkatkan liputan internet di kawasan terpencil
- Fasiliti kesihatan daif jejas pengisian pegawai perubatan
- Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
#AWANInews
- Kerjasama Huawei-Sarawak tingkatkan liputan internet di kawasan terpencil
- Fasiliti kesihatan daif jejas pengisian pegawai perubatan
- Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
#AWANInews
Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini
Sabah FC bukan untuk dijual!
Presiden SAFA Datuk Shahelmey Yahya berkata SAFA tidak pernah bertemu dengan individu atau wakil mana-mana pihak yang mendakwa mendapat ‘tawaran’ penjualan saham Sabah FC seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
'Antivenom' obor-obor berasal dari Australia perlu dikaji kesesuaian
Felo Perubatan Ekstrim Dan Wilderness, Dr.Muhamad Naim Ab Razak berkata keberkesanan satu-satunya antivenom rawatan sengatan obor-obor yang ada ketika ini berasal dari Australia perlu dikaji terlebih dahulu.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek