Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah diarahkan membuat siasatan terhadap insiden pencemaran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dekat sini, Khamis lepas.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata siasatan itu bertujuan untuk melihat punca sebenar kejadian selain mengesan pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.
"Saya telah minta SPAN untuk buat siasatan dari mana datangnya punca sebenar pencemaran ini.
" Buat masa ini kita masih menunggu laporan penuh dari pihak SPAN dan kita kena tunggu sehingga siasatan itu selesai untuk melihat apakah tindakan yang boleh diambil, "katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Langat dan Dewan Undangan Negeri Sijangkang.
Dalam insiden Rabu lepas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan LRA Sungai Semenyih diarah henti tugas susulan pencemaran bau dipercayai dari sebuah kilang memproses sawit yang telah diarah tutup untuk siasatan.
Bagaimanapun LRA Sungai Semenyih mula beroperasi 6 pagi pada Khamis.
Dalam pada itu, Xavier mengingatkan pihak berkaitan supaya mematuhi undang-undang dengan tidak membina bangunan dan kilang di kawasan berdekatan sungai.
"Jika ada nak buat pembangunan, jaraknya ditentukan dengan jarak sungai, kalau jarak sungai 50 meter...simpanan tanah depan, kiri kanan, ada 50 meter, lepas 50 meter (dari sungai) baru boleh bina apa-apa," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019
Pada Rabu lepas, Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan LRA Sungai Semenyih diarah henti tugas susulan pencemaran bau dipercayai dari sebuah kilang memproses sawit. - Gambar fail
Piala ASEAN 2024: Vietnam mara ke final, tewaskan Singapura agregat 5-1
Rafaelson Fernandes muncul wira Vietnam apabila meledak jaringan berganda untuk membantu pasukan mara ke pentas akhir kejohanan berprestij itu.
Presiden Azerbaijan dakwa Rusia bertanggungjawab
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev secara terbuka mendakwa Rusia telah menembak pesawat penumpang Azerbaijan Airlines J2-8243 pada 25 Disember lepas, menyebabkan ia terhempas.
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Kelantan,Terengganu dan Sabah dilanda banjir
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kedua-dua negeri itu kembali dilanda bencana tersebut pada Ahad.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Festival Citrawarna Kampong Bharu tarik pelancong dekati nilai sejarah
Festival anjuran OMNI Holdings Sdn Bhd yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lepas itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik.
China perkenal prototaip kereta api terpantas di dunia
Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad, menurut pengendali kereta api negara itu.
Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong
Kapal persiaran mega pertama China, Adora Magic City telah menyelesaikan 84 pelayaran dan menerima 600,000 pelancong pada tahun pertama operasi komersialnya, menurut Kastam Shanghai
Mayat 24 warga Azerbaijan dibawa pulang
Mayat 24 warga Azerbaijan yang terbunuh dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau, Kazakhstan telah dibawa pulang ke ibu negara Baku, lapor media tempatan.
Taiwan tutup 14 sekolah pada 2024
MOE mendedahkan bahawa 14 institusi itu terdiri daripada sembilan sekolah rendah, sebuah sekolah menengah rendah dan empat institusi pengajian tinggi.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW
Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.