Empat Menteri Kabinet yang ditugaskan untuk memperincikan langkah penyesuaian dan kelonggaran SOP ini bagi membendung penularan COVID-19 dijangka terlibat dengan sidang media tersebut.
Antaranya Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Sidang media berkenaan dijangka akan menyentuh mengenai keputusan kelonggaran kepada orang ramai sebelum ini serta kaedah SOP sedia ada dapat dipermudahkan dan difahami semua lapisan masyarakat.
JANGAN KETINGGALAN DENGAN APA YANG BERLAKU DI PARLIMEN SETIAP HARI
Pihak media juga difahamkan perincian berhubung kelonggaran merentas negeri dan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi akan disentuh dalam sidang media berkenaan.
Ini termasuk gelembung pelancongan seperti 'travel and tourism bubble' dengan Pulau Langkawi sebagai projek rintis dan kemungkinan diperluaskan kepada kawasan pelancongan lain.
Dalam masa sama, ia turut melibatkan proses peralihan negara daripada fasa pandemik kepada endemik Oktober ini.
Astro AWANI akan membawakan sidang media ini secara langsung dari Bangunan Parlimen di Saluran 501, aplikasi Live TV dan platform media sosial. Tonton!