JELEBU: Kreativiti dan inovasi yang dihasilkan enam pelajar sebuah sekolah di sini dalam mereka cipta model kereta formula satu (F1), berjaya melayakkan mereka mewakili Malaysia ke International F1 in School World Final 2020/21 di London, United Kingdom Jun ini.
Kesemua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Undang Musa Al-Haj (DUMA) Kuala Klawang itu terpilih selepas memenangi tempat keempat daripada 40 pasukan dalam pertandingan F1 In Schools National Final 2020 peringkat kebangsaan bertempat di Melaka pada November tahun lepas.
Pasukan Fabulous9 yang dianggotai Nur Naqiyah Jalil, 18 tahun selaku ketua pasukan, Mirza Rusyaidi Rahamat (18), K.Vishwanath (18), Ju Esen (17), Kon Shihuei Illut (16), dan Anis Aliah Basri (16) turut memenangi anugerah kereta terpantas menerusi pertandingan sama.
Guru penasihat, Mohd Faizal Mohd Derus berkata ia merupakan kali pertama pasukannya berjaya melayakkan diri ke peringkat antarabangsa.
"Kita telah menyertai F1 In Schools National Final 2020 sejak tahun 2007 dan berjaya muncul juara pertandingan pada peringkat negeri pada tahun 2012, sejak daripada itu juga, kita mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan.
"Meskipun pelajar ini dari sekolah luar bandar tetapi kita kagum dengan semangat mereka untuk melakar kejayaan sekaligus menaikkan nama sekolah sehingga berjaya mewakili negara ke persada dunia," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Faizal berkata pelbagai cabaran dilalui bagi menyiapkan tugasan ini termasuk mereka perlu menghasilkan model kereta F1 di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurutnya Fabulous9 turut dibantu beberapa pensyarah termasuk dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong, Rembau mengenai pengecatan kereta dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi MARA Shah Alam berkaitan hal kejuruteraan.
Sementara itu, Mohd Faizal berkata pertandingan pada kali ini menampilkan kelainan apabila ia bakal diadakan secara maya manakala model kereta serta kelengkapan lain dihantar ke United Kingdom berikutan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.
"Antara kriteria yang dinilai oleh penganjur termasuk dari segi teknologi kejuruteraan, jenama, publisiti dan pengurusan pasukan," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pendidikan Parlimen Malaysia mengucapkan tahniah kepada SMK DUMA termasuk guru dan pelajar yang berjaya mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.
"Saya berharap Fabulous9 SMK DUMA dapat memecah rekod dunia dan membawa pulang kejayaan lebih hebat dari kota London nanti. Menerusi acuan yang betul, sikap istiqamah dan disiplin tinggi, mereka mampu membawa pingat kejuaraan dunia ke Jelebu.
"Diharapkan berita seperti ini dapat memberi suntikan motivasi kepada setiap pelajar dan guru-guru sekolah lain terutama di Jelebu dan seluruh negara ini untuk terus berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa," katanya menerusi catatan di Facebooknya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021

Mereka terpilih selepas memenangi tempat keempat daripada 40 pasukan dalam pertandingan F1 In Schools National Final 2020 peringkat kebangsaan bertempat di Melaka pada November tahun lepas. - Foto Facebook/SMK Dato' Undang Musa Al-Haj
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

SMK DUMA wakili Malaysia dalam 'International F1 in School World' di London
Enam pelajar berjaya melayakkan mereka mewakili Malaysia ke International F1 in School World Final 2020/21 di London, United Kingdom Jun ini.