KUALA LUMPUR: Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) mula menggembleng tenaga kerja sejak pagi ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS), kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan skuad itu untuk turun ke kawasan banjir di sekitar Lembah Klang dan beberapa lokaliti di Selangor yang terjejas teruk akibat banjir.
"Kita juga ada CRSM di setiap negeri, dan mereka ini akan membuat koordinasi kerja. Disebabkan hujan lebat beberapa hari ini, kita sedang mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.
"Difahamkan banyak jalinan jalan raya terputus disebabkan air pasang maka ada tempat tertentu yang tidak boleh dilalui kereta. Malahan, ada bas yang tidak boleh balik ke depoh dan menyebabkan kelewatan, serta ada tren yang terpaksa melalui stesen tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Perwakilan MCA ke-68, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Wee yang juga Menteri Pengangkutan berkata pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk membantu mangsa-mangsa banjir selain mengemas kini maklumat terbaharu mengenai sistem pengangkutan.
CRSM ditubuhkan di bawah MCA pada 2005 untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana.
Perhimpunan Agung Perwakilan MCA ke-68 selama dua hari bermula semalam itu, ditamatkan awal pada pukul 1.30 tengah hari ini bagi memberi laluan kepada perwakilan membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing berikutan situasi banjir di beberapa negeri semakin buruk.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Selangor dilanda banjir sejak semalam menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan manakala ramai pemandu terkandas akibat jalan raya sesak dan ditutup kerana dilimpahi air banjir.
Selain Lembah Klang dan Selangor, banjir turut melanda Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan dan terbaharu Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021

Wee berkata pihaknya telah mengarahkan skuad itu untuk turun ke kawasan banjir di sekitar Lembah Klang dan beberapa lokaliti di Selangor yang terjejas teruk akibat banjir. - Gambar fail/BERNAMA
Farm Fresh meriahkan raya dengan ‘Bawa Balik Yang Itu’
Syarikat tenusu nombor satu tempatan, Farm Fresh mencipta kelainan menerusi iklan raya 'Bawa Balik Yang itu' mengisahkan seorang anak muda yang berusaha memenuhi permintaan ibunya untuk menyempurnakan hari raya mereka.

Bonus raya, cuti tambahan penjawat awam Kelantan ditentukan minggu depan
Keputusan mengenai pemberian bonus raya dan cuti tambahan kepada penjawat awam di Kelantan akan diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu depan.
Syarikat, ahli korporat sumbang RM1.96 juta kepada anggota ATM
Sumbangan kewangan yang diterima adalah sebanyak RM1,777,500 manakala nilai barangan RM178,920, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM1,956,429.
DBKL ada tanggungjawab sosial lindungi kepentingan kuil
Pengurusan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman menegaskan kuil itu perlu kekal di atas tapak kerana usianya yang sudah menjangkau 130 tahun, serta berfungsi sebagai pusat kebudayaan selain rumah ibadat.
Ops Bersih Ramadan: Wujud sindiket seludup pengemis warga Thailand ke Kelantan
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam mendedahkan wujud kegiatan sindiket yang membawa masuk pengemis dari Thailand untuk mengemis di beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.

FAMA tingkat hingga 40 peratus bekalan kelapa, tampung keperluan menjelang Aidilfitri
Usaha itu antara langkah proaktif FAMA dalam memastikan kecukupan bekalan untuk kegunaan domestik pada musim perayaan.

Populasi Australia meningkat 1.8 peratus dalam setahun
Jumlah penduduk negara itu mencapai 27.3 juta pada 30 September tahun lalu, meningkat sebanyak 484,000 orang berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Polis tahan penjawat awam disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial
Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 25 Mac - MetMalaysia
Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 25 Mac ini dan berterusan hingga Mei, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

Tiada prasyarat dalam Perlembagaan negeri TYT perlu asal Pulau Pinang - Chow
Tiada prasyarat dalam Perlembagaan Negeri mewajibkan pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat atau berasal dari negeri itu.

Lebih 3,000 ahli CRSM siap sedia hadapi banjir - Wee
Lebih 3,000 ahli dan sukarelawan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) akan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan banjir di seluruh negara.

Skuad Bantuan Krisis MCA bantu mangsa banjir - Wee
Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) mula menggembleng tenaga kerja sejak pagi ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS).