KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir pada bulan depan berhubung isu sistem uCustoms yang gagal disiapkan.
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya akan mengadakan prosiding selama dua hari berhubung projek tersebut pada 10 dan 18 Nov ini.
"Kami akan memanggil mereka untuk memberikan penjelasan kepada pihak PAC terlebih dahulu sebelum kami tentukan saksi-saksi lain yang akan dipanggil," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.
BACA: LKAN 2019: Diberi masa 86 bulan, sistem uCustoms gagal disiapkan
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2 yang dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum ini mendedahkan sistem uCustoms oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan walaupun lima lanjutan tempoh masa (EOT) diberikan.
Menurut laporan audit itu, sejumlah RM272.99 juta telah dibayar kepada pembekal dan Pejabat Pengurusan Projek manakala hanya satu Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM55,660 telah dikenakan.
Wong berkata PAC juga dijangka mengadakan prosiding berhubung isu pembayaran tidak teratur membabitkan Projek Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan berjumlah RM499.18 juta pada Disember depan.
LKAN Tahun 2020 yang dikeluarkan hari ini mendapati bayaran tuntutan kos penyenggaraan projek berkenaan telah dibayar tanpa pengesahan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021

Kah Woh berkata pihaknya akan mengadakan prosiding selama dua hari berhubung projek tersebut pada 10 dan 18 Nov ini. - Gambar/ Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Sistem uCustoms gagal siap: PAC panggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan, KP Kastam
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya akan mengadakan prosiding selama dua hari berhubung projek tersebut pada 10 dan 18 Nov ini.

SPRM tahan CEO syarikat kes projek uCustoms
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan pada Jumaat selepas hadir ke ibu pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

SPRM siasat isu sistem uCustoms yang gagal disiapkan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu sistem uCustoms bernilai RM397.43 juta yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

LKAN 2019: Diberi masa 86 bulan, sistem uCustoms gagal disiapkan
Hanya 1,056 atau 27.2 peratus daripada 3,876 penyampaian (deliverables) sahaja yang telah diterima JKDM.