KUALA LUMPUR:Sistem takungan banjir dicadangkan supaya dibina di kawasan Hulu Kelang termasuk di kawasan sekitar Zoo Negara bagi mengatasi masalah banjir kilat, terutama ketika musim hujan lebat.
Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Ahmad Fuzi Arshad berpandangan, pembangunan di kawasan tersebut sudah berada pada tahap 'tepu', dan sukar untuk dilestarikan semula.
Bagaimanapun, katanya pembinaan kawasan takungan air memerlukan perbelanjaan yang besar.
"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Ampang Jaya kena belanja besar bagi menyediakan kawasan-kawasan untuk menakung air dan infrastruktur yang lebih moden seperti membuat terowong SMART.
"Takungan ini dibina di kawasan hulu supaya air tidak melimpah ke kawasan hilir, dan kawasan yang tinggi dijadikan empangan air," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Sabtu.
Tambah beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) disarankan membuat pengezonan tanah simpanan untuk kegunaan takungan air.
Jelas beliau lagi, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia juga telah menetapkan garis panduan agar setiap kawasan pembangunan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya empat peratus daripada keluasan tapak untuk kolam takungan.
"Pembangunan di kawasan Hulu Kelang sudah berada di peringkat tepu, dan ia tidak mapan lagi.
"Sekarang kawasan Hulu Kelang memerlukan langkah yang giat atau (mempertimbangkan) ambil kawasan tanah yang tiada orang (miliki) untuk halang air," ujar beliau lagi.
BACA: Penebangan hutan, saluran paip punca banjir kilat di Zoo Negara?
Malah, katanya air dari kolam takungan itu boleh diguna semula.
Terdahulu, insiden banjir di kawasan Zoo Negara dipercayai berpunca akibat hujan lebat dan sistem perparitan yang tidak mampu menampung pembangunan di kawasan tersebut.
Hasimi Muhamad
Sat Dec 12 2020
Insiden banjir di kawasan Zoo Negara dipercayai berpunca akibat limpahan air sungai dan sistem perparitan yang tidak mampu menampung pembangunan di kawasan tersebut. - Gambar fail
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Tanah runtuh Taman Melawati: Penduduk dipindah ke dewan serba guna - Polis
Penduduk diarah mengosongkan kediaman mereka berikutan insiden runtuhan tanah yang berlaku di lereng bukit Taman Melawati, akibat hujan lebat, pada Selasa.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.
Berang tak dapat RM5,000, isteri acu pisau pada suami
Berang kerana wang RM5,000 yang diminta untuk pulang ke kampung tidak diberi, seorang wanita warga Indonesia bertindak mengugut dengan mengacu pisau ke muka suaminya.
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Cemburu dipercayai punca lelaki maut dalam letupan
Kedua-dua suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun itu ditahan di Serdang, Kedah, malam Selasa.
Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis
Lorong kecemasan bukan untuk berhenti sesuka hati dan ambil gambar pemandangan!
MPAJ sita pasu bunga, kon diguna untuk cop parkir
Barangan terbabit dipercayai digunakan sebagai 'penanda' cop parkir di kawasan pangsapuri kos rendah sekitar Ampang.
Tanah runtuh Ampang Jaya: Lima rumah terjejas, 12 penduduk berpindah - Polis
Lima buah rumah di dua lokasi berasingan di Ampang Jaya di sini terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat petang semalam.