RANAU: Tagal, sistem konservasi hidupan akuatik sungai diwarisi bergenerasi lamanya penduduk negeri ini bukan sahaja berkesan dalam pemuliharaan alam sekitar, malah mewujudkan simbiosis dengan menyediakan bekalan makanan mampan buat penduduk.
Perkataan tagal bermaksud 'jangan' dalam bahasa Kadazandusun. Melalui amalan sistem tagal atau bombon, aktiviti menangkap ikan di sungai dikawal mengikut tiga zon oleh penduduk kampung iaitu zon merah larangan menangkap ikan, zon hijau tangkapan ikan sekali dalam tempoh tertentu dan zon kuning bebas menangkap ikan bagi memastikan ikan tidak pupus.
Yang menarik, pengurusan tagal Sungai Moroli di Kampung Luanti terletak 125 kilometer dari Kota Kinabalu, menghala ke Timur dengan perjalanan sekitar 2 jam 30 minit serta berhampiran kaki Gunung Kinabalu, bukan sahaja mengorak langkah dalam pemuliharaan ekosistem sungai dan bekalan makanan mampan, malah kini menjadi tarikan pelancong.
Pengerusi Tagal Sungai Moroli Noorhayati Asri berkata sejak ditubuhkan pada 2004 dan diasaskan Allahyarham suaminya Jeffrin Majangki, 56, yang juga pengerusi pertama, sistem tagal tercetus hasil ilham daripada kempen 'Cintai Sungai Kita'.
Noorhayati, 51, berkata pada asalnya sistem tagal itu diwujudkan bukan sahaja bagi memulihara sungai dan memastikan ekosistem sungai sentiasa terjaga, malah menjadi sumber makanan untuk penduduk dan selari dengan peredaran masa, kaedah pemuliharaan sungai itu menarik kedatangan pelancong.
Katanya melalui sistem tagal yang diamalkan, Sungai Moroli kini amat dikenali sebagai tempat spa ikan atau mengurut dengan kumpulan ikan kelah yang jinak berkerumun dan berenang-renang sekitar kaki pengunjung.
"Ada ikan di sini dipanggil ikan Buntol dipercayai membantu merawat penyakit psoriasis iaitu sejenis penyakit kulit dengan menggigit-gigit kulit kaki yang mengalami masalah berkenaan," katanya sambil berharap sistem tagal itu dapat terus berkembang bagi pemuliharaan alam sekitar.
Noorhayati berkata lebih 100 pelancong sebulan berkunjung ke kawasan itu yang juga merupakan pusat tagal pertama membiak ikan sungai, selain menghasilkan produk ekopelancongan yang telah menjadi inspirasi kepada pengendali tagal lain di Sabah.
"Sungai kita sentiasa dijaga dengan baik agar bersih dan memastikan hidupan sungai sentiasa selamat dan tidak tercemar, selain melarang orang ramai memancing, merosakkan tumbuhan atau membawa balik sebarang bantuan sungai berkenaan," katanya.
Katanya kawasan pelancongan itu juga menyediakan beberapa rumah rehat untuk pengunjung selain gerai jualan makanan dan minuman, dengan yuran kemasukan RM10 untuk pelancong asing, RM5 pelancong tempatan dan RM2 untuk kanak-kanak.
Aireen Anastasia Jacob, 52, seorang guru dari Sandakan berkata menikmati spa ikan di Sungai Moroli sudah menjadi persinggahan wajib untuk keluarganya dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu untuk berehat dan sebelum meneruskan perjalanan.
"Ada juga ambil bilik satu malam tidur di sini untuk tenangkan fikiran, selain kita mahu tunjuk anak-anak kita tentang ikan sugai. Ikan jinak di sini, anak-anak boleh pegang dan main jadi memang seronok bila singgah sini," katanya.
Albert Kerk, 41, seorang tukang masak dari Macau terpesona dengan keunikan sistem tagal di Sungai Moroli dan bagaimana ia dapat mengekalkan kehidupan bukan sahaja haiwan akuatik tetapi membantu manusia melalui sistem simbiosis yang benar-benar berkesan.
"Saya temui tempat ini dalam Facebook dan saya sangat ingin tahu malah sebagai cef bangsa Cina, ikan air tawar merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan kami. Kami amat menggemari ikan ini terutamanya Mahseer (ikan Kelah) di sini. Untuk melihat bagaimana ikan ini diusahakan dan dijaga oleh generasi masyarakat benar-benar menarik," katanya.
Kerk berkata selain pemuliharaan dan pelancongan, sistem tagal Sungai Moroli memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai terutama generasi muda tentang ikan air tawar di samping memupuk sikap cinta terhadap alam semula jadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024

Noorhayati Asri berkata, sistem tagal tercetus hasil ilham daripada kempen 'Cintai Sungai Kita'. - Gambar Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas
Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang berkenan menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.

Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.

KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
KEMAS akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.

Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.