KOTA KINABALU: Satu sistem baharu pembekalan elektrik luar bandar akan diwujudkan dengan menggunakan tenaga suria yang menggunakan bateri baharu jenis "lithium-ion" seperti digunakan dalam kenderaan elektik (EV) kerana mampu bertahan lama berbanding bateri yang digunakan sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak, sebelum ini telah pun mengguna pakai tenaga suria, namun ia berdepan kekangan termasuk masalah penggantian bateri.
"Semasa pelaksanaan program berkenaan, pembekalan bateri hanya diberikan kepada satu pihak sahaja, sedangkan kawasan Sabah dan Sarawak terlalu luas. Maka ia tidak praktikal dan mengambil masa sehingga akhirnya kawasan yang menggunakan tenaga suria akan mengalami kegelapan yang lebih lama.
Jadi dengan adanya teknologi baharu, jangka hayat bateri itu lebih lama dan sistem penyelenggaraan juga akan ditukar dengan meletakkan beberapa pembekal di beberapa kawasan tertentu, bukan hanya satu pembekal untuk satu negeri sebesar Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik 4.0 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas tentang laporan berkenaan kesediaan Sabah menjadi tapak projek rintis kedua selepas Selangor dalam pemasangan panel suria besar-besaran melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Fasa 1.
Sementara itu, ditanya mengenai sasaran kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan di negara ini terutama di kawasan luar bandar, beliau berkata kementerian mempunyai pelbagai program tersendiri untuk membantu menjayakan usaha berkenaan.
"Kita tahu garis kemiskinan iaitu pendapatan di bawah RM2,250 untuk B40 dan dilaporkan terdapat kira-kira 130,000 isi rumah yang berada di dalam paras kemiskinan tegar di negara ini. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Perpaduan untuk menyifarkan kemiskinan tegar itu sebelum akhir tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak, sebelum ini telah pun mengguna pakai tenaga suria, namun ia berdepan kekangan termasuk masalah penggantian bateri. - Foto BERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 - Saifuddin
Formula perpaduan antara PH dengan BN pada PRK DUN Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya akan datang termasuk PRU16.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
Keputusan batal rombongan 68 pegawai ke Berlin dapat sokongan penuh Kabinet - PM
Keputusan membatalkan perancangan sebuah kementerian dan agensi untuk membawa 68 pegawai ke satu pameran di Berlin mendapat sokongan penuh Jemaah Menteri.
Muhammad Sanusi mohon ampun kepada Sultan Selangor
Muhammad Sanusi hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor berikutan kenyataan beliau pada Julai tahun lepas yang dianggap menghina dan tidak menghormati baginda.
[KOLUMNIS] Analisis prestasi, pengaruh dan persepsi kempen PRK Mahkota
Adakah Syeikh Hussein atau Coach Haizan? Itu akan diketahui pada 28 September depan.
Kerajaan utamakan pendekatan inklusif, berhikmah tangani isu berkaitan Islam - PM
Kerajaan Perpaduan mengutamakan pendekatan yang lebih inklusif dan berhikmah dalam mencari jalan terbaik terhadap sebarang isu berkaitan agama Islam di negara ini.
Tiada perjawatan baharu bagi kader JAKIM - Kementerian Perpaduan
Tiada perjawatan baharu bagi pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.