Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat menjadi pemimpin Asean pertama yang dijemput untuk berucap di majlis perhimpunan Kesatuan Oxford.
Memilih topik mengenai demokrasi sebagai tema utama ucapannya, Dr Mahathir memulakan ucapan dengan memberi latar belakang mengenai perubahan pentadbiran kerajaan negara ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.
Ia sedikit sebanyak menidakkan tuduhan beberapa pihak yang mengatakan Malaysia kurang demokratik.
Namun begitu, beliau tidak menafikan undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merupakan peninggalan penjajah, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima masyarakat hari ini.
"Sistem pilihan raya membuktikan Malaysia sebuah negara yang demokratik.
"Mungkin ramai yang mempertikaikan perkara ini, tetapi saya ingin menegaskan, selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dan telah melalui 14 PRU, pilihan raya kali ini yang paling kurang aduan diterima berbanding yang terdahulu," katanya.
Tambahnya, Malaysia telah membuktikan demokrasinya dengan memilih pemimpin sendiri melalui proses pilihan raya.
"Mungkin ada beberapa perkara yang tidak mencapai piawaian demokrasi, contohnya undang-undang ISA.
"Ia tentang keselamatan negara dan ia beri kuasa kepada kerajaan dan perdana menteri hak untuk menahan pesalah tanpa perbicaraan.
"Itu adalah perkara yang tidak disukai pada masa ini sebab ia dilihat sebagai sangat tidak demokratik," katanya.
Begitu pun, kata Dr Mahathir, dalam negara yang demoratik, pemimpin dari kerajaan terdahulu tetap boleh menyalah guna kuasa dan memerintah negara seperti seorang diktator.
Beliau bagaimanapun mengaku beliau sendiri pernah dilabel sebagai diktator, tetapi, katanya, seorang diktator tidak mungkin dengan sukarela meletak jawatan dan membenarkan orang lain menggantikannya.
"Saya juga pernah dituduh sebagai perdana menteri yang diktator. Sudah tentu, ramai juga yang percaya dengan perkara itu, bagaimana dia hendak memerintah kecuali dengan menjadi seorang diktator?
"Saya cuma ingin ingatkan, dalam sejarah negara-negara, tiada seorang pun pemimpin diktator yang melepaskan jawatan semasa masih berkuasa dan membenarkan orang lain mengambil alih tempatnya.
"Seorang diktator biasanya tidak akan meletak jawatan atau bersara."
Oxford Union turut berkongsi sebahagian ucapan Dr Mahathir itu di laman Twitter mereka.
Persatuan Oxford Union, yang biasanya dirujuk sebagai Oxford Union, adalah sebuah persatuan debat di bandar Oxford, United Kingdom, yang majoriti keanggotaannya terdiri daripada warga University of Oxford.
Astro Awani
Sat Jan 19 2019

Dr Mahathir ketika berucap pada satu majlis perhimpunan Kesatuan Oxford di Oxford, England, 18 Jan, 2019. - Foto Twitter Oxford Union

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.

Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.

Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS
Beberapa peralihan kerajaan secara teratur tanpa sebarang rusuhan membuktikan kebijaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.

Muhammad Yunus insan penuh belas kasihan yang dunia perlukan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus sebagai insan yang penuh belas kasihan yang dunia perlukan.

#PeringatanDarurat: 'Ini bukan negara milik keluarga tertentu' - Aktor Indonesia Reza Rahadian ikut protes jalanan
Terdahulu, Mahkamah Konstitusi (MK) memutuskan mengubah had usia pencalonan kepala daerah yang dicadangkan oleh Parti Buruh dan Gelora.

'Demokrasi AS berakhir jika saya tewas pilihan raya' - Trump
Trump memberitahu penyokongnya jika beliau tidak memenangi pilihan raya, ia bermakna kemungkinan demokrasi AS akan berakhir.

Indeks Demokrasi: Malaysia rekod skor tertinggi dalam kalangan negara ASEAN
Malaysia tersenarai sebagai negara dengan indeks demokrasi tertinggi di Asia Tenggara pada 2023.

Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.

Akta Berparlimen Berpenggal: Jangan ketepikan kuasa YDP Agong - Nazri Aziz
Mohamed Nazri menjelaskan sekiranya kerajaan mahu melaksanakan akta tersebut, rundingan perlu diadakan dengan Raja-Raja Melayu kerana ia melibatkan kuasa Yang Dipertuan Agong.

Perutusan bersama tahun baharu 2024
Pada tahun 2024, marilah kita memperkasakan institusi raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, federalisme, dan kedaulatan undang-undang.