KUALA LUMPUR: Sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan bukan berniat untuk meminggir atau mendiskriminasi mana-mana kumpulan masyarakat sebaliknya merupakan usaha bagi memastikan semua golongan yang memerlukan mendapat peluang sewajarnya.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Dr Anuar Ahmad berkata pelaksanaan sistem itu juga adalah selari dengan hasrat dan semangat Perlembagaan yang telah digubal sejak negara mencapai Kemerdekaan.
"Kita tahu dalam Perlembagaan sudah berikan keistimewaan itu (sistem kuota) selaras dengan matlamat dan kontrak sosial yang telah kita bina sejak Merdeka, jadi saya fikir pengekalan sistem kuota ini adalah wajar.
"Pelaksanaan sistem kuota ini sebenarnya tidak menyebabkan masyarakat atau pelajar bukan Melayu kehilangan peluang kerana kita tahu bilangan pelajar Bumiputera itu jauh lebih ramai dan perlukan lebih banyak tempat di universiti," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata sekiranya sistem itu tidak dikekalkan ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan atau 'tempang' jumlah pelajar Melayu di IPT termasuk dalam jurusan tertentu.
Mengulas lanjut, Anuar berkata dalam usaha membina sebuah negara dengan jurang pendapatan, ekonomi dan peluang pekerjaan yang seimbang serta adil kepada semua, kerajaan perlu memastikan kumpulan yang memerlukan bantuan dan sokongan dipertahan.
"Saya setuju dan sambut baik ketegasan Perdana Menteri ini... pada saya, itu adalah satu penegasan atau kenyataan yang berupa satu usaha untuk mempertahan semangat kenegaraan yang telah kita bina sejak awal negara merdeka.
"Pada saya, selama hampir 66 tahun merdeka, tidak pernah kita meminggirkan mana-mana pihak tetapi pada masa sama, kita tidak mahu masyarakat Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak ketinggalan dalam kehidupan atau peluang untuk masuk ke universiti," katanya.
Senada dengan beliau, Felow Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata terdapat keperluan mengekalkan sistem kuota Melayu dan Bumiputera.
Beliau berkata perkara itu perlu dilihat secara spesifik mengikut keperluan dan bidang yang kritikal memandangkan ia dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Pada masa yang sama, keperluan untuk perkara itu dibuat secara merit juga harus dilihat secara meluas bagi memastikan persaingan sihat dalam melahirkan modal insan berkualiti perlu ditekankan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023

ANUAR: Pelaksanaan sistem kuota ini sebenarnya tidak menyebabkan masyarakat atau pelajar bukan Melayu kehilangan peluang. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Murid stres bukan sebab UPSR tapi sikap sekolah, ibu bapa kejar gred A - Dr Anuar Ahmad
Anuar berkata, emosi anak-anak terganggu berpunca daripada sikap segelintir pihak sekolah dan ibu bapa yang terlalu mengejar pencapaian.

Belanjawan 2025: Peruntukan besar bukti komitmen kerajaan perkukuh asas pendidikan
Peruntukan terbesar untuk sektor pendidikan dalam Belanjawan 2025 jelas membuktikan komitmen kerajaan untuk mengukuhkan asas pendidikan negara dan menjayakan 'keadilan pendidikan'.

'Belanjawan 2025 perlu tumpu pemulihan sistem pendidikan pasca pandemik'
Anuar berkata, antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan digital di sekolah.

TH pantau operasi 25 syarikat PJH, pastikan khidmat terbaik untuk jemaah
Anuar berkata, sebelum diberikan lesen PJH, semua 25 syarikat perlu lalui tapisan ketat selain memenuhi syarat ditetapkan.

'25 murid dalam kelas adalah munasabah, selebihnya beri kesan' - Pakar
Kajian dari luar negara bahawa kononnya bilangan murid yang ramai dalam kelas tidak mempengaruhi keberkesanan pengajaran adalah tidak tepat.

Lebih baik perkasa asrama harian dari bina sekolah khas untuk pelajar miskin - Pakar
Tidak wajar asingkan pelajar ikut kemampuan atau sosioekonomi kerana akan menimbulkan pelabelan dan stigma.

Sistem kuota dalam pendidikan usaha pastikan semua golongan memerlukan mendapat peluang
Anuar berkata, pelaksanaan sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan adalah selari dengan hasrat dan semangat Perlembagaan.

Sistem pendidikan negara berdepan krisis - Pakar
Anuar berkata, ia hakikat yang perlu ditelan apabila sistem pendidikan negara gagal membina struktur modal insan yang berkeupayaan tinggi.

Minggu pertama persekolahan perlu jadi pemula kepada sistem pendidikan baharu
Dr Anuar Ahmad berkata, langkah itu memastikan pelajar berminat untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka.

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) perlu lebih bersasar - Anuar
Ia supaya lebih ramai golongan yang benar-benar memerlukan dapat menerima manfaat inisiatif tersebut.