KUALA LUMPUR: Siren amaran kedengaran di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu selepas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari Yaman.

Namun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa peluru berpandu itu berjaya dipintas sebelum tiba ke Israel.

Tambah IDF, siren amaran turut dibunyikan di Baitulmaqdis dan Laut Mati.

Pemberontak Houthi Yaman yang disokong Iran berulang kali melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Israel sejak perang di Gaza bermula lebih setahun lalu namun kebanyakannya dipintas.

Sebagai balasan, Israel menyerang pelbagai sasaran di Yaman termasuk pelabuhan dan kemudahan tenaga di kawasan yang dikawal oleh Houthi.