Singapura akan menarik balik Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) jika Malaysia menarik balik Caj Jalan Rayanya, atau melaksanakan caj itu tanpa diskriminasi, menurut Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT).
Menurut MOT, Malaysia hendaklah melaksanakan tanpa diskriminasi Caj Jalan Rayanya di semua sempadan daratan pada kos yang sama dan ke atas semua kenderaan bukan berdaftar di Malaysia.
"Kita sejak dahulu lagi mengamalkan dasar memadankan sebarang levi, tol dan bayaran yang dikenakan oleh Malaysia kerana menggunakan jalan raya yang menghubungkan Singapura dengan Malaysia," kata MOT.
Format soalan dan jawapan berkaitan Caj Jalan Raya Timbal Balas dimuat naik dalam portal www.gov.sg di bawah segmen "Faktual" untuk topik "Pengangkutan dan Pemotoran".
Portal itu merupakan platform komunikasi dalam talian rasmi Kerajaan Singapura, yang memaklumkan kepada orang ramai mengenai pengumuman dasar terkini, maklumat dan berita mengenai Singapura.
MOT berkata Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang diperkenalkan Singapura dan Caj Jalan Raya Malaysia mempunyai perbezaan fundamental.
Menurut MOT, Caj Jalan Raya Malaysia ialah levi yang dikenakan ke atas semua kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui Johor pada sepanjang masa.
Sebaliknya, VEP Singapura diperkenalkan untuk menyamakan kos pemilikan dan menggunakan kenderaan atau motosikal asing di Singapura, dengan kos memiliki dan menggunakan kereta atau motosikal berdaftar di Singapura.
"Ini perlu untuk memastikan keadilan, kerana kenderaan berdaftar di Singapura tertakluk kepada kos yang berbeza secara ketara daripada kenderaan asing seperti premium Sijil Hak Milik (COE) dan cukai kenderaan," kata MOT.
MOT berkata konsesi juga diberikan di bawan skim VEP.
"Semua kenderaan dan motosikal asing menikmati 10 hari bekerja waktu bebas VEP. Bayaran VEP juga tidak dikenakan jika kenderaan masuk dan keluar Singapura pada hujung minggu dan cuti umum, atau selepas waktu kerja (5 petang hingga 2 pagi) pada hari bekerja, 'katanya.
Singapura pada 16 jan mengumumkan bahawa semua kenderaan asing perlu membayar Caj Jalan Raya Timbal Balas sebanyak S$6.40 setiap kali apabila memasuki republik itu melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands mulai 15 Feb, 2017.
VEP Singapura menyamai Caj Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 (kira-kira S$6.50) bagi sekali masuk ke atas kenderaan asing yang memasuki Johor, yang dilaksanakan pada 1 Nov, 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2017

Singapura akan menarik balik RRC jika Malaysia menarik balik Caj Jalan Rayanya, atau melaksanakan caj itu tanpa diskriminasi, menurut MOT. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Singapura tarik balik RRC jika Malaysia tarik balik caj jalan raya
Singapura akan menarik balik Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) jika Malaysia menarik balik Caj Jalan Rayanya, atau melaksanakan caj itu tanpa diskriminasi, menurut Kementerian Pengangkutan Singapura