KUALA LUMPUR: Sindiket pemalsuan dokumen didalangi dua lelaki warga Afrika tumpas selepas mereka ditahan dalam operasi khas Jabatan Imigresen di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada 25 Okt lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata hasil risikan selama dua minggu berjaya mengesan dan menahan dalang utama sindiket iaitu seorang lelaki warganegara Nigeria berusia 46 tahun di Kajang, Selangor manakala suspek kedua berusia 56 tahun dari Ghana ditahan di Jalan Kasturi.
Beliau berkata hasil pemeriksaan dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di kediaman suspek di Jalan Chan Sow Lin di sini, menemukan 10 naskah pasport Nigeria disyaki palsu serta sekeping pelekat pas pelajar palsu.
"Suspek mendedahkan bahawa pelekat pas pelajar tersebut diperoleh daripada seorang lelaki warga Ghana. Seterusnya pasukan operasi bertindak mengesan dan menahan lelaki warganegara Ghana di Jalan Kasturi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ruslin berkata semasa penahanan suspek kedua itu, pasukan operasi turut menemukan sekeping pelekat pas pelajar palsu bersama suspek selain bertindak merampas dua keping pelekat pas pelajar dan enam keping i-kad Jabatan Imigresen dalam serbuan di kediaman lelaki itu di Cheras, Selangor.
Turut dirampas sekeping kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) palsu dan tujuh keping kad pelajar pelbagai universiti serta kolej di sekitar Lembah Klang.
Menurut Ruslin, modus operandi sindiket adalah menyasarkan warga Afrika yang mempunyai masalah seperti ketiadaan dokumen pengenalan diri dan visa di negara ini sebelum menawarkan perkhidmatan untuk menyediakan dokumen seperti pasport, pas pelajar, pas penggajian, i-kad, kad UNHCR dan kad pelajar palsu dengan bayaran sekitar RM1,000 bagi setiap pasport dan RM200 sekeping bagi lain-lain dokumen.
"Kedua-dua suspek ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023

Ruslin berkata, hasil risikan selama dua minggu berjaya mengesan dan menahan dalang utama sindiket iaitu seorang lelaki warganegara Nigeria berusia 46 tahun di Kajang, Selangor. - Gambar fail

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Afrika tumpas
Hasil risikan selama dua minggu berjaya mengesan dan menahan dalang utama sindiket iaitu seorang lelaki warganegara Nigeria berusia 46 tahun di Kajang.