SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 4,980 karton rokok seludup dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Permai 3, Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad.
Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, sindiket berkenaan menyasarkan buruh binaan warga asing di sekitar Seremban sebagai pelanggan utama mereka.
"Serbuan ini telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Seremban yang menjadikan kediaman di kawasan perumahan sebagai stor penyimpanan.
"Sindiket ini dipercayai telah menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan rokok tidak bercukai selama setahun dan menjadikan warga asing yang bekerja di tapak-tapak pembinaan sebagai pelanggan sasaran.
"Serbuan yang dijalankan berjaya merampas 4,980 karton atau 887,600 batang rokok pelbagai jenama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai anggota sindiket terbabit dalam serbuan sekitar jam 4.45 petang itu.
Katanya, pasukan serbuan merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pengedaran rokok berkenaan.
"Jumlah keseluruhan anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM1,114,374.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Feb 20 2022
![Sindiket edar rokok seludup lebih RM1 juta tumpas Sindiket edar rokok seludup lebih RM1 juta tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645394062_RokokSeludup.jpg)
PDRM berjaya merampas sebanyak 4,980 karton rokok dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan. - Foto Sinar Harian
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
![Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717750240_SPRM.jpg)
Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman
Tujuh individu termasuk pengarah syarikat dan tiga penguat kuasa ditahan reman tiga hari sehingga Ahad ini kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang.
![Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715516237_TBSELUDUPROKOK.jpg)
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
![APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000 APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698309002_APMM.jpg)
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
![Polis tahan 84 pembangun aplikasi judi dalam talian Polis tahan 84 pembangun aplikasi judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711014737_TBHUSSEINOMAR.jpg)
Polis tahan 84 pembangun aplikasi judi dalam talian
Polis menahan 84 individu termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai berperanan membangunkan aplikasi judi dalam talian untuk pasaran luar negara.
![Kastam Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta Kastam Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685008130_TBjkdm.jpg)
Kastam Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta termasuk cukai di pesisiran Pantai Senok di Bachok, Selasa lepas.
![Lelaki ditahan bersama 21 kotak rokok seludup Lelaki ditahan bersama 21 kotak rokok seludup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680683829_ROKOK.jpg)
Lelaki ditahan bersama 21 kotak rokok seludup
Individu berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan polis Gerakan Am Batalion 5 Simpang Renggam pada 4.05 petang.
![JKDM Negeri Sembilan rampas 8,990 karton rokok, kretek tidak sah JKDM Negeri Sembilan rampas 8,990 karton rokok, kretek tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678453084_Kastamrampasrokok.jpg)
JKDM Negeri Sembilan rampas 8,990 karton rokok, kretek tidak sah
JKDM Negeri Sembilan merampas 8,990 karton rokok putih dan kretek tidak sah bernilai RM144,032 dengan duti hampir RM1.2 juta dalam serbuan di ladang kelapa sawit Kampung Air Hitam, Klang, Selangor.
![Polis rampas rokok seludup bernilai RM10 juta Polis rampas rokok seludup bernilai RM10 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674111856_TBSIDANGMEDIALETUPAM.jpg)
Polis rampas rokok seludup bernilai RM10 juta
Polis merampas sebanyak 143,950 karton rokok tidak bercukai bernilai RM10,864,000 dari sebuah stor di Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh dekat sini, semalam.
![Kastam buka 23 kertas siasatan jenayah seludup hidupan liar tahun ini Kastam buka 23 kertas siasatan jenayah seludup hidupan liar tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670536938_RibuanAbdullah.jpg)
Kastam buka 23 kertas siasatan jenayah seludup hidupan liar tahun ini
Setakat ini, belum ada sebarang pendakwaan bagi kesemua kes yang disiasat dengan nilai rampasan mencecah RM73.4 juta.
![Dewan Rakyat lulus dua rang undang-undang berkaitan kastam, duti eksais Dewan Rakyat lulus dua rang undang-undang berkaitan kastam, duti eksais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659566016_YamaniHafezMusa.jpg)
Dewan Rakyat lulus dua rang undang-undang berkaitan kastam, duti eksais
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Kastam 1967.