PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet semalam bersetuju dengan pelaksanaan beberapa langkah jangka pendek bagi menangani isu bekalan dan harga makanan antaranya mewujudkan simpanan stok atau stockpile ayam.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata simpanan stok ayam untuk menangani kekurangan bekalan ayam di pasaran dilaksanakan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang akan melibatkan pertubuhan peladang secara gabungan dan akan dimulakan serta-merta.
Ronald berkata mesyuarat Kabinet semalam mengambil maklum status bekalan makanan negara bagi lapan komoditi makanan utama antaranya daging ayam, lembu/kerbau, telur, susu segar, ikan, buah, sayur dan beras.
"Secara amnya, bekalan makanan negara masih mencukupi untuk menampung keperluan penggunaan tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kabinet juga bersetuju dengan langkah mempermudahkan proses pembayaran tuntutan subsidi harga ayam dengan membenarkan bayaran pendahuluan tuntutan khususnya penternak kecil dan sederhana, yang membolehkan tuntutan amaun subsidi berjumlah RM157.53 juta dapat dilaksanakan dengan kadar segera, katanya.
Turut dipersetujui langkah memudah cara prosedur import (IP) Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ke atas empat komoditi merangkumi soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan melalui penangguhan fi permit serta mewujudkan laluan khas atau priority lane bagi proses kemasukan pantas sehingga bekalan ayam kembali stabil.
Ronald berkata proses keperluan lesen pengimportan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veteriner (DVS) dipercepatkan melalui kelulusan secara interim bermula 1 Julai ini, dengan proses kelulusan adalah dalam masa tujuh hari bekerja berbanding 30 hingga 90 hari, yang akan memanfaatkan 380 syarikat pengimport bahan makanan ternakan.
"Melaksanakan semakan semula ke atas tarif elektrik sektor agromakanan untuk mengurangkan beban kos operasi pengeluar makanan," katanya.
Ronald berkata pengecualian khas diberikan bagi pengambilan pekerja asing dalam industri penternakan ayam mengikut keperluan bagi membolehkan aktiviti penternakan ayam beroperasi pada tahap optimum sekali gus menjamin kesinambungan pengeluaran.
Beliau berkata mekanisme mengurangkan kos minyak sawit mentah kepada syarikat pengilangan makanan ternakan yang dikenal pasti bagi mengurangkan kos makanan ternakan akan dikaji.
Ronald berkata Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara akan bersidang secara mingguan bagi memantau status bekalan komoditi utama makanan negara serta mengenal pasti isu dan mencari jalan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap isu sekuriti makanan negara.
Beliau berkata satu kluster Dasar Sekuriti Makanan baharu juga telah diwujudkan iaitu Kluster Komunikasi Strategik di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC).
"Ia bagi memastikan rakyat mendapat mesej dan maklumat sekuriti makanan negara yang berterusan dan efektif selain menyampaikan inisiatif kerajaan berhubung sekuriti makanan," katanya.
Berhubung pemberian subsidi kepada penternak ayam bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) berjumlah RM729.43 juta, Ronald berkata sebanyak 1,644 permohonan tuntutan subsidi dengan nilai RM113.2 juta telah diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) setakat ini.
Kerajaan telah meluluskan pemberian subsidi pada kadar RM0.60/kg dari 5 Feb 2022 hingga 30 Mac 2022 dan subsidi itu telah dinaikkan kepada RM1.40/kg bagi tempoh 1 April 2022 sehingga 30 Jun 2022.
"Semua penternak boleh terus kemukakan permohonan supaya subsidi dapat disalurkan," katanya.
Pada 1 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bermula 1 Julai ini, kerajaan tidak lagi akan memberi subsidi kepada penternak ayam sebaliknya ia akan disalur secara langsung kepada rakyat yang dianggap lebih memerlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Mesyuarat Kabinet semalam bersetuju dengan pelaksanaan beberapa langkah jangka pendek bagi menangani isu bekalan dan harga makanan antaranya mewujudkan simpanan stok atau stockpile ayam. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Kerajaan tidak pernah buat keputusan wajibkan sijil halal - Ahmad Zahid
Keputusan hasil kajian berhubung isu sijil halal ini hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.
PM Thailand Srettha tidak akan hadir untuk keputusan di Mahkamah Perlembagaan esok
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin tidak akan hadir apabila Mahkamah Perlembagaan pada Rabu menyampaikan keputusan mengenai pelantikan seorang menteri Kabinet yang mempunyai rekod jenayah.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
Perbincangan peruntukan ahli pembangkang dibuat dalam masa terdekat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dengan wakil pembangkang berhubung permohonan peruntukan di kawasan masing-masing dalam masa terdekat.
Kerajaan Persekutuan akan bermesyuarat untuk mempercepatkan pembentukan JS-SEZ
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan mesyuarat bersama kerajaan negeri Johor bagi menyelaras beberapa dasar untuk memastikan pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat disegerakan.
Presiden Korea Selatan alami hidung berdarah semasa mesyuarat Kabinet
Seorang pegawai kerajaan berkata kejadian itu berkemungkinan disebabkan jadual padat beliau semasa dan selepas lawatan ke New York minggu lepas.
Jemaah Menteri, Ahli Parlimen disaran jalani saringan kesihatan setahun sekali
Anggota Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen disarankan menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali, bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik.
Ahmad Zahid hadiri mesyuarat Kabinet, bicara kes di Mahkamah Tinggi tangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi ditangguh.
Isu 3R: Kajian undang-undang dibentang kepada Kabinet minggu ini - Azalina
Pembentangan kajian fasa pertama itu akan dilakukan secara menyeluruh sebelum sebarang ketetapan dibuat.