PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan perbincangan dengan wakil pembangkang berhubung permohonan peruntukan di kawasan masing-masing dalam masa terdekat.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan.
"Saya kena bertemu dengan Ketua Whip Pembangkang (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) dahulu, kena bincang. Kemudian, akan dapat arahan daripada Kabinet dan kalau perlu perbincangan lanjut maka kita akan bentuk pasukan untuk membuat perundingan.
"Mungkin minggu depan (akan dibawa ke mesyuarat Kabinet), Insya-Allah. Saya kena jumpa semua dahulu," katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama warga kementerian, di sini, malam tadi.
Fadillah berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di pejabatnya pada Selasa.
Beliau berkata, pertemuan yang berlangsung itu akan membincangkan mengenai pelbagai perkara termasuklah isu berkaitan peruntukan.
"Itu hanya majlis pertemuan, macam-macam dibincangkan, (peruntukan) satu daripadanya," katanya.
Ahad lepas, media melaporkan Hamzah serta wakil parti pembangkang telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan ke minggu hadapan.
Pada Titah Diraja bersempena dengan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.
Seri Paduka Baginda bertitah sekiranya semua negeri dapat dibangunkan bersama, penghijrahan penduduk ke pusat bandar raya dapat dikurangkan dan kesesakan akan lebih terkawal.
Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Fadillah turut menyantuni 36 anak yatim berusia tujuh hingga 12 tahun daripada Persatuan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang, Selangor.
Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim itu dan warga kementerian daripada kumpulan pelaksana.
- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
![Perbincangan peruntukan ahli pembangkang dibuat dalam masa terdekat - Fadillah Perbincangan peruntukan ahli pembangkang dibuat dalam masa terdekat - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710974627_FadillahYusofFadill.jpg)
Fadillah berkata, hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan. - Foto BERNAMA
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739415150_LembagaAirPerak.jpg)
Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.
#AWANIRingkas 13 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Februari 2025
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
AWANI Pagi: Cipta Kirana: Kelestarian seni reka teknologi barang kemas
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Prof Madya Dr. Hanif Khairi, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Muhammad Saiful Hazim Mohamad Affandi, pelajar tahun akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM membincangkan mengenai Cipta Kirana iaitu sebuah pameran seni yang menampilkan keunikan dan kehalusan reka bentuk barang kemas serta produk logam anjuran Jabatan Seni Reka Teknologi Barang Kemas, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam, Selangor.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
Smart Cities: Making Malaysian Cities Among the World's Most Liveable
Discover key strategies to transform Malaysian cities into global benchmarks for liveability, from smart infrastructure to sustainable urban planning with Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
![Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739413749_FadzliHassan.jpg)
Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan
Persaingan dari bandar di sempadan Thailand antara faktor menyebabkan bandar seperti Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor semakin sepi.
Unjuran KDNK 2024: Menilai realiti ekonomi vs jangkaan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi sejauh mana angka ini mencerminkan realiti sebenar rakyat? Adakah pemulihan ekonomi ini benar-benar dirasai atau sekadar statistik? Diskusi lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
![Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739412628_EricSchmidt.jpg)
Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas
Korea Utara, Iran atau bahkan Rusia boleh menggunakan teknologi AI untuk mencipta senjata biologi, kata Eric Schmidt.
![MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730889644_TBFADILLAHYUSOFTITAH.jpg)
MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.
![MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726820426_MuhyiddinYassin.jpg)
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
![Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726482315_FadillahYusof.jpg)
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
![MoU Peruntukan: Syarat seperti difikirkan Kerajaan, terserah Pembangkang terima atau tidak - Zahid MoU Peruntukan: Syarat seperti difikirkan Kerajaan, terserah Pembangkang terima atau tidak - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726394202_TBZAHID.jpg)
MoU Peruntukan: Syarat seperti difikirkan Kerajaan, terserah Pembangkang terima atau tidak - Zahid
Ahmad Zahid menegaskan pihaknya sedia berunding, namun syarat MoU itu tidak akan 'lari' daripada kandungan asal yang diputuskan.
![Peruntukan pembangkang: Jemput pihak ketiga mulakan rundingan MoU Peruntukan pembangkang: Jemput pihak ketiga mulakan rundingan MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706799749_TBpolitik.jpg)
Peruntukan pembangkang: Jemput pihak ketiga mulakan rundingan MoU
Antara nama yang boleh dipertimbangkan ialah bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, badan buka kerajaan seperti Bersih atau institusi rasmi seperti SPRM.
![Draf MoU peruntukan pembangkang: PN akan bincang Isnin depan - Takiyuddin Draf MoU peruntukan pembangkang: PN akan bincang Isnin depan - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725256173_tbTakiyuddinHassan.jpg)
Draf MoU peruntukan pembangkang: PN akan bincang Isnin depan - Takiyuddin
Takiyuddin berkata pandangan kesemua Ahli Parlimen pembangkang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
![Pembangkang persoal isu 3R, isytihar harta dalam MoU peruntukan pembangkang Pembangkang persoal isu 3R, isytihar harta dalam MoU peruntukan pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725256173_tbTakiyuddinHassan.jpg)
Pembangkang persoal isu 3R, isytihar harta dalam MoU peruntukan pembangkang
Takiyuddin berkata, masih terdapat beberapa syarat dalam MoU itu yang perlu diperhalusi sebaik mungkin.
![Dewan Rakyat: Syed Saddiq setuju perlu ada rundingan untuk peruntukan adil, saksama Dewan Rakyat: Syed Saddiq setuju perlu ada rundingan untuk peruntukan adil, saksama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720497623_SyedSaddiq.jpg)
Dewan Rakyat: Syed Saddiq setuju perlu ada rundingan untuk peruntukan adil, saksama
Syed Saddiq bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa perlu ada proses rundingan untuk peruntukan yang adil dan saksama.
![Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713678198_MuhyiddinYassin.jpg)
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
![Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713348719_MesyuaratMajlisPim.jpg)
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.