PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong bertekad untuk mengangkat martabat pekerja di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
"Kita akan berdiri bersama pekerja," katanya kepada pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas rasmi di kementerian itu di sini hari ini.
Sim yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia susulan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, mengambil tempat V. Sivakumar yang digugurkan.
Sim yang tiba di Kementerian Sumber Manusia (KSM) di sini kira-kira pukul 1.15 tengah hari disambut warga kementerian. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya.
Sim berkata nasib majikan dan pekerja terikat sama dan tidak bersifat egosentrik, sekiranya nasib pekerja tidak dibela maka ia memberi kesan kepada syarikat dari segi produktiviti.
"Dalam era struktur semula ekonomi dalam kerangka Malaysia Madani, fokusnya ialah pembangunan kemahiran, kebajikan pekerja dan produktiviti secara amnya," katanya.
Sim berkata beliau bersama Abdul Rahman dan warga KSM akan meneliti usaha yang dilakukan sebelum ini dan melihat kepada perancangan masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
![Sim tekad angkat martabat pekerja di Malaysia Sim tekad angkat martabat pekerja di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702455313_TBSTEVENSIMjpg.jpg)
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong ketika sidang media selepas mengimbas kad perakam waktu (clock-in) sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di Kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Peningkatan kadar gaji minimum bakal rangsang ekonomi negara - Sim Peningkatan kadar gaji minimum bakal rangsang ekonomi negara - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731417536_TBStevenSim.jpg)
Peningkatan kadar gaji minimum bakal rangsang ekonomi negara - Sim
Pekerja yang mempunyai tambahan duit di dalam poket, bakal merangsang pasaran tempatan.
![Kerajaan setuju beri satu hari cuti tambahan kepada pelajar ILJTM sempena Deepavali Kerajaan setuju beri satu hari cuti tambahan kepada pelajar ILJTM sempena Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605063443_TBLILINDEEPAVALI.jpg)
Kerajaan setuju beri satu hari cuti tambahan kepada pelajar ILJTM sempena Deepavali
Kerajaan bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan kepada pelajar Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), sempena sambutan Hari Deepavali yang akan disambut pada 31 Okt.
![WSSF 2025: Malaysia pimpin usaha perkasa perlindungan sosial tempatan, global WSSF 2025: Malaysia pimpin usaha perkasa perlindungan sosial tempatan, global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718786019_ISSAWSSF.jpg)
WSSF 2025: Malaysia pimpin usaha perkasa perlindungan sosial tempatan, global
Malaysia bakal menjadi tumpuan dalam merencana usaha memperkasa perlindungan sosial di peringkat tempatan dan global, sempena penganjuran Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) 2025.
![Kerajaan setuju perluas skim keilatan kepada pekerja warga asing Kerajaan setuju perluas skim keilatan kepada pekerja warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716206253_SaifuddinNasution.jpg)
Kerajaan setuju perluas skim keilatan kepada pekerja warga asing
Kerajaan bersetuju memperluaskan skim keilatan kepada pekerja warga asing yang bekerja di negara ini, bagi memastikan kebajikan golongan itu turut dilindungi.
![Isteri, anak nelayan lemas terima faedah Perkeso Isteri, anak nelayan lemas terima faedah Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716194830_TBSTEVENSIMPERKESO.jpg)
Isteri, anak nelayan lemas terima faedah Perkeso
Balu dan empat anak nelayan yang ditemui lemas ketika mencari rezeki di laut di Pulau Pinang pada 35 April lalu mendapat faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
![Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714289055_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
![Gaji minimum disemak tahun ini, projek rintis gaji progresif mula Jun - KESUMA Gaji minimum disemak tahun ini, projek rintis gaji progresif mula Jun - KESUMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710321103_TBstevenlimjp.jpg)
Gaji minimum disemak tahun ini, projek rintis gaji progresif mula Jun - KESUMA
Kerajaan sedar gaji minimum sahaja tidak memadai, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana.
![Perkeso disaran bina tiga pusat rehablitasi baharu dalam tempoh lima tahun Perkeso disaran bina tiga pusat rehablitasi baharu dalam tempoh lima tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705319297_StevenSimCheeKeon.jpg)
Perkeso disaran bina tiga pusat rehablitasi baharu dalam tempoh lima tahun
Ketika ini terdapat hanya sebuah Pusat Rehabilitasi Perkeso yang beroperasi, iaitu di Ayer Keroh, Melaka.
![Sim tekad angkat martabat pekerja di Malaysia Sim tekad angkat martabat pekerja di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702455313_TBSTEVENSIMjpg.jpg)
Sim tekad angkat martabat pekerja di Malaysia
Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong bertekad untuk mengangkat martabat pekerja di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
![Kutipan cukai Program Pengakuan Sukarela 2.0 cecah RM128.85 juta Kutipan cukai Program Pengakuan Sukarela 2.0 cecah RM128.85 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701756190_TBStevenSim.jpg)
Kutipan cukai Program Pengakuan Sukarela 2.0 cecah RM128.85 juta
Jumlah kutipan cukai daripada Program Khas Pengakuan Sukarela mencecah RM128.85 juta setakat 31 Okt, 2023.