LABUAN: Sikap 'tunggu dan lihat' dalam kalangan ibu bapa didapati antara penyebab peratusan rendah kanak-kanak yang mendapat vaksin di Labuan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, hanya 6.9 peratus atau 809 daripada 11,700 kanak-kanak yang disasarkan sudah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini, selepas ia dilancarkan pada 7 Februari lepas.
"Sebilangan besar ibu bapa masih berfikir dua kali atau boleh kita katakan berada 'atas pagar' dan menggunakan pendekatan tunggu dan lihat untuk mengetahui respons daripada ibu bapa lain mengenai PICKids.
"Agak mengecewakan melihat bilangan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mendaftar atau pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV) yang agak rendah selepas ia dilancarkan pada awal bulan ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata empat PPV disediakan untuk program itu iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 2, SK Sungai Lada, Hospital Labuan dan Dewan Darul Kifayah.
Dr Ismuni berkata sesi libat urus dengan masyarakat melalui platform media sosial Facebook dan laman web jabatan itu akan diteruskan bagi membolehkan mereka memahami kepentingan vaksinasi untuk melindungi anak-anak mereka daripada COVID-19.
"Melihat kepada peningkatan murid sekolah yang disahkan positif COVID-19, ibu bapa harus menyedari kepentingan vaksin untuk anak mereka, mengapa perlu menunggu sehingga dijangkiti baru hendak dapatkan suntikan.
"Kami memahami kerisauan ibu bapa mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin terhadap anak mereka. Vaksin COVID-19 adalah selamat," katanya.
Dr Ismuni berkata selain ketidakselesaan pada lengan yang disuntik, tiada seorang pun daripada 809 kanak-kanak yang divaksin itu mengalami kesan sampingan teruk.
Labuan merekodkan peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 iaitu 447 pada 17 Feb lepas berbanding hanya satu digit pada dua minggu lepas, dan kes aktif meningkat kepada 1,738 setakat semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
Sebilangan besar ibu bapa masih berfikir dua kali atau 'atas pagar' untuk mengetahui respons daripada ibu bapa lain. - Gambar hiasan
Polis berkas wanita tawar pelaburan ‘kutu’ tidak wujud
Seorang wanita yang disyaki memperdayakan mangsa dengan menawarkan pelaburan 'kutu' tidak wujud diberkas polis di Jerteh.
Mpox boleh menjangkiti semua golongan, bukan hanya LGBTQ
Penyakit MPOX bukan khusus kepada golongan LGBTQ, sebaliknya boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang mempunyai kontak rapat dengan kes dijangkiti.
Menurut Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, penularan MPOX berlaku melalui sentuhan rapat dan tiada kumpulan yang terkecuali daripada risiko jangkitan.
Menurut Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, penularan MPOX berlaku melalui sentuhan rapat dan tiada kumpulan yang terkecuali daripada risiko jangkitan.
Pendidikan : Tiga sebab kenapa PBD tidak berkesan di Malaysia - Pakar
Negara dilihat belum bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam sistem pendidikan negara.
Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Menurut Hakim, Dr Syahliza Warnoh, ia selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
Ahli GISBH didakwa di mahkamah atas tuduhan ugutan
Mohamad Riza mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut wanita untuk menarik balik laporan polis, dengan ikat jamin RM10,000 ditetapkan.
Pantau Belanjawan: Selatan Thai lebih memikat, apa nasib pelancongan domestik?
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan hujung minggu yang panjang sempena Hari Malaysia untuk bercuti di Selatan Thailand menyumbang lebih 1 bilion Baht (RM128 juta) kepada ekonomi tempatan. Lonjakan ini mencerminkan pola dan pilihan perjalanan yang boleh memberi impak besar kepada strategi dan dasar pelancongan di masa depan. Analisis terhadap fenomena ini dapat memberi ruang dan peluang kepada Malaysia tentang cara memanfaatkan trend ini untuk meningkatkan sektor pelancongan, serta strategi yang boleh diambil untuk mengadaptasi dan memajukan industri pelancongan negara.
[TERKINI] Banjir Kedah: Penduduk sifatkan bencana luar biasa
Banjir kilat luar biasa melanda kawasan ini, dengan air naik pantas sehingga penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda, hanya fokus menyelamatkan diri.
[TERKINI] Hujan lebat: Lapan sungai di Kedah lepasi paras bahaya
Tiga sungai di daerah Kubang Pasu, dua sungai di daerah Kota Setar dan masing-masing satu di Yan, Padang Terap serta Pendang.
Presiden Algeria angkat sumpah penggal kedua
Tebboune mengarahkan kerajaan Perdana Menteri Nadir Larbaoui meneruskan tugasnya selepas perdana menteri itu mengemukakan peletakan jawatan.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt
Usaha pemvaksinan yang akan berlangsung hingga 11 Oktober menyusul berikutan penerimaan lebih 265,000 dos vaksin daripada rakan antarabangsa.
Malaysia bakal raih potensi pelaburan industri halal bernilai RM4 bilion dari China - Ahmad Zahid
Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Lebih 160,000 kanak-kanak diberi vaksin polio di selatan Gaza - Agensi PBB
Fasa kedua kempen pemvaksinan polio bermula di Khan Younis pada Khamis, susulan kejayaan fasa pertama di kawasan tengah Gaza.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
160,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Vaksin diberikan kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.
Kempen vaksinasi polio bermula di Semenanjung Gaza
Dua dos vaksin yang memberikan imunisasi penuh harus diberikan dengan selang empat minggu.