PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu bermula tahun depan yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Dalam sidang media selepas melancarkan reka bentuk baharu dokumen keselamatan sempena Hari Pendaftaran Negara Tahun 2022 di sini, Hamzah berkata, ciri keselamatan baharu termasuk dilengkapi 'watermark' atau tera air pada sijil kelahiran itu adalah bagi mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
"Apabila dokumen itu dibawa kepada JPN, kita tahu ia sahih atau tidak. Sesiapa yang lahirkan anak tahun depan akan mendapat sijil kelahiran baharu," katanya.
Hamzah berkata, sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.
JPN dalam kenyataan sempena program itu memaklumkan, 38 dokumen keselamatan jabatan itu antaranya sijil kelahiran dan daftar perkahwinan ditingkatkan ciri keselamatan bermula tahun depan bagi menjaga aspek ketulenan.
Menurut JPN, antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah pada reka bentuk dokumen, kertas yang digunakan dan jenis dakwat untuk cetakan keselamatan.
Sementara itu, Hamzah berkata, pegawai JPN akan digerakkan ke kawasan terjejas banjir menerusi program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bagi membantu mangsa yang kehilangan dokumen pengenalan diri.
"Pegawai JPN bersiap sedia, kita jaga kepentingan rakyat... kalau dokumen pengenalan diri tiada macam mana ingin pergi mengundi," katanya dan menambah dokumen seperti kad pengenalan penting untuk rakyat menjalankan tanggungjawab pada Pilihanraya Umum ke-15 nanti.
MEKAR adalah inisiatif JPN bagi menyantuni rakyat dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti pendaftaran kelahiran, kematian dan kad pengenalan serta khidmat nasihat terutama kepada penduduk di kawasan pedalaman serta luar bandar. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu bermula tahun depan yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.
Suri rumah tikam suami hingga mati, tidak beri respons
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Teknologi, Semenyih, pada 16 Februari lalu.

PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Vietnam esok, sampai ucaptama pada ASEAN Future Forum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam bermula esok dan akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu.

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.

Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.

Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.

286 kes daftar lewat kelahiran tahun lepas - JPN Terengganu
Dari Januari hingga Ogos tahun ini pula sebanyak 235 kes kelewatan pendaftaran kelahiran dicatatkan.

Mohon, ganti kad pengenalan, sijil kelahiran di Karnival Kita MADANI
Kadar pembayaran bagi permohonan kad pengenalan ialah RM10 manakala RM5 bagi penggantian sijil kelahiran dan kematian.

Sijil kelahiran dengan ciri keselamatan terkini dikeluarkan tahun depan
Ciri keselamatan baharu termasuk dilengkapi 'watermark' pada sijil kelahiran bagi mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.

JPN terima 33,244 permohonan kes daftar lewat sijil kelahiran setakat Februari
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menerima 33,244 permohonan kes daftar lewat sijil kelahiran (DLSK) sejak 2018 hingga Februari lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Tidak sah taraf, masa depan anak diragut
Nasib atau masa depan mereka masih tidak menentu apabila memasuki alam dewasa.

Sebanyak 31,454 permohonan kewarganegaraan diterima kerajaan - Hamzah
Sebanyak 31,454 permohonan kewarganegaraan dikemukakan kepada kerajaan dalam tempoh dari 2015 hingga 30 Jun 2020 Perkara 15A Perlembagaan.

JPN digesa siasat jualan Mykad kepada warga asing
Zuhairi berkata, tindakan segera mesti dilakukan oleh JPN bagi meneliti rekod yang tidak mengikut SOP dikeluarkan pihaknya dan perlu dibatalkan.

Tambahan 90 hari selepas PKP tamat untuk urusan pendaftaran, kematian - Ismail Sabri
Bagi rakyat Malaysia di luar negara, tempoh yang sama iaitu 90 hari diberikan selepas tamat PKP di negara masing-masing.