RANTAU PANJANG: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menerima 33,244 permohonan kes daftar lewat sijil kelahiran (DLSK) sejak 2018 hingga Februari lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.
Beliau berkata rata-rata kes DLSK melibatkan kurang kesedaran ibu bapa sebaik kelahiran mereka apabila membiarkan anak-anak tanpa sebarang dokumen.
"Sepatutnya menjadi kewajipan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak yang dilahirkan di Malaysia tidak kira sama ada anak-anak tersebut adalah hasil daripada perkahwinan yang berlaku di Malaysia ataupun perkahwinan di sempadan.
"Di Kelantan pula, sebanyak 1,667 permohonan kes DLSK diterima sejak 2018 hingga tahun lepas (2020). Permohonan lewat ini berpunca daripada perkahwinan luar negara yang tidak didaftarkan di Malaysia, penceraian, kecuaian ibu bapa dan anak tidak sah taraf," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Kampung Petai Dusun, Baroh Pial di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPN Badrul Hisham Alias, Pengarah JPN Kelantan Asrehan Ab Razak serta Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jabatan Pendidikan Kelantan Mohamad Abd Wahab.
Mengulas lanjut, Ruslin berkata terdapat 225 pejabat JPN di seluruh negara yang memberi kemudahan kepada ibu bapa sekiranya mempunyai masalah seperti jarak rumah yang jauh serta menghadapi masalah kewangan untuk hadir ke pejabat.
"Sekiranya ada individu atau keluarga yang mempunyai masalah kewangan mereka boleh merujuk kepada JPN dan kami akan menghantar pasukan serta panel yang turun padang tiga atau empat bulan sekali.
"Ketua masyarakat seperti penggawa dan imam boleh memainkan peranan melaporkan kes seumpama ini kepada pihak kami," katanya.
Sementara itu, ibu tunggal sembilan anak, Halimah Ahamad, 46, bersyukur selepas lebih 10 tahun menanti, hasrat empat anaknya memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai.
"Masalah kemiskinan dan kesukaran untuk bergerak berikutan tidak mempunyai kenderaan serta bekas suami tidak memberi kerjasama kepada keluarga selepas berpisah menyebabkan empat anak saya, Che Nor Shafikah Che Amat Mudi, 10, Che Mohamad Adam, 8, Che Nor Amiera, 6, dan Che Nur Alisha, 4, tercicir untuk mendapat sijil kelahiran," katanya sambil menambah lima lagi anaknya memiliki sijil kelahiran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 13 2021

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak yang dilahirkan di Malaysia. - Gambar hiasan/ AP

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.

Wanita dipenjara empat tahun kemuka maklumat palsu daftar kad pengenalan
Seorang pengusaha ikan masin dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada JPN.

Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun
Penantian masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Keniam, Ulu Tembeling di sini untuk memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai.

KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggalakkan sebarang taklimat berkaitan isu, proses serta permohonan kewarganegaraan diadakan dengan penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nama Zayn Rayyan dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Keputusan pembetulan dalam sijil kelahiran dikeluarkan JPN Selangor di mana anak kepada pasangan Zaim Ikhwan dan Ismanira telah dibetulkan.

Permohonan MyKid dibuka semula bermula 29 Julai - JPN
Permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.

JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan
Tindakan dan hukuman yang berkaitan dan setimpal akan dikenakan sekiranya siasatan dijalankan membuktikan pegawai didapati bersalah.

JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN
Pasangan yang belum mengesahkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga di luar negara masih boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (

Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.