BATU GAJAH: Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, beliau tidak marah apabila ada pihak yang mengungkit kembali peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok ketika beliau menjadi Speaker pada 2009.
Malah, beliau juga tidak berkecil hati atau berdendam dengan mana-mana pihak yang terlibat di dalam krisis politik yang berlaku itu.
Mengimbas kembali krisis yang berlaku selepas 11 bulan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, Ahli Parlimen Batu Gajah itu berkata, mereka yang mentertawakan insiden persidangan bawah pokok itu mungkin tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku.
"Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai apa-apa rasa dendam ataupun rasa marah dengan apa yang telah dilakukan kepada saya dan ramai juga yang tahu apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri ketika itu.
"Saya telah diheret, diangkat dan diusung keluar daripada Dewan Undangan Negeri dan dimasukkan dalam sebuah bilik untuk seketika. Jadi walaupun pada ketika itu memang saya mempunyai perasaan marah dan sebagainya tetapi hari ini selepas begitu lama, memang perasaan dendam dan marah itu sudah tidak ada lagilah," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program Khatan Perdana di Surau Nurul Huda, Taman Tasek Putra, Tronoh, Batu Gajah pada Ahad.
Beliau berkata, walaupun sudah bergerak ke hadapan, beliau tetap berpegang kepada prinsip mempertahankan kedaulatan undang-undang.
Menurutnya, peristiwa yang tercetus akibat krisis perlembagaan Perak itu sewajarnya dijadikan pengajaran dan tidak boleh dipandang remeh, terutama dari segi penafsiran sesuatu klausa termaktub dalam perundangan.
Menurutnya, persidangan bawah pokok hanya sebahagian kecil dari rentetan peristiwa yang berlaku pada 2009 dan wajar dikongsi untuk tatapan generasi akan datang supaya mendapat gambaran lebih jelas.
Pada 2009, Sivakumar pernah memanggil sidang tergempar untuk membentangkan usul ke atas peralihan tampuk kuasa kerajaan Perak.
Persidangan itu berlangsung di bawah pokok hujan-hujan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dihalang daripada memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN.
Insiden itu menarik perhatian ramai dan diingati sebagai peristiwa yang melucukan kerana proses sidang itu berlaku di bawah sebatang pokok dengan Sivakumar lengkap berpakaian sebagai Speaker DUN dengan jubah dan bersongkok.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Dec 18 2022
Gambar fail pada 2009 memaparkan Sivakumar yang lengkap berpakaian Yang Dipertua Dewan menyusun dokumen-dokumen sebelum memulakan 'persidang tergempar' DUN Perak di bawah pokok. - Fail BERNAMA
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Jualan Rahmah dua kali sebulan di Perak
Terdapat tiga cara pelaksanaan Jualan Rahmah, iaitu dalam premis (pasar raya), luar premis (kawasan terbuka) dan lori bergerak.
Sidang DUN: Perak cadang Kerajaan Persekutuan ambil alih sekolah menengah tahfiz
Kerajaan Perak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan sekolah menengah tahfiz di negeri itu diambil alih oleh pusat.
Pelan Perak Sejahtera 2030: Kerajaan negeri pastikan tiada terpinggir
Pelan bersifat dinamik itu memenuhi keperluan perancangan atau tuntutan semasa yang di luar jangka, kata Menteri Besar.
Kadar migrasi bersih Perak -1.2 peratus pada 2020
Jumlah anak tempatan berhijrah ke luar Perak seramai 12,800 orang berbanding kemasukan ke negeri itu yang merekodkan 11,600 orang.
Isu sumber air, wasiat orang Islam dijangka curi tumpuan Sidang DUN Perak
Sumber air dan wasiat orang Islam antara usul yang dijangka mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Isnin ini.
COVID-19: Semua ADUN Perak diarah jalani kuarantin
Mohd Akmal Kamarudin berkata, wakil rakyat kerajaan itu disahkan positif selepas menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.