KUALA KANGSAR: Sumber air dan wasiat orang Islam antara usul yang dijangka mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Isnin ini.
Speaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Air Perak 2022 akan dibentang pada hari pertama persidangan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad manakala sesi penggulungannya pada Selasa.
"Seramai sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai sesi perbahasan yang berlangsung pada hari sama iaitu lima daripada pihak kerajaan manakala selebihnya pihak pembangkang.
"Sekiranya ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak disenaraikan oleh blok masing-masing, mereka boleh datang berjumpa dengan Speaker sebelum persidangan bermula untuk menyatakan hasrat berminat untuk turut serta dalam perbahasan yang dinyatakan," katanya dalam sidang media pada Khamis.
Beliau berkata selain itu, RUU Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022 pula akan dibentang sama ada pada 19 atau 20 Julai, tertakluk kepada RUU sumber air.
Mohammad Zahir berkata bagi perkara berkaitan wasiat orang Islam pula, ia merupakan usul persendirian yang dibentang oleh ADUN Behrang Aminuddin Zulkipli dan disokong oleh ADUN Pasir Panjang Yahaya Mat Nor.
"Usul itu tidak cacat dan diterima serta dimasukkan dalam aturan mesyuarat sebagai usul persendirian yang berkaitan dengan Enakmen Wasiat Orang Islam tetapi akan ada sesi perbincangan dengan ADUN Behrang bersama-sama pihak kerajaan sama ada usul itu akan kita teruskan dalam sidang Dewan atau pun ada pindaan sedikit terhadap usul tersebut atau ia ditarik balik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022

MOHAMMAD ZAHIR: Seramai sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai sesi perbahasan yang berlangsung pada hari sama iaitu lima daripada pihak kerajaan manakala selebihnya pihak pembangkang. - Gambar fail/BERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Isu sumber air, wasiat orang Islam dijangka curi tumpuan Sidang DUN Perak
Sumber air dan wasiat orang Islam antara usul yang dijangka mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Isnin ini.