IPOH: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa kadar migrasi bersih Perak pada tahun 2020 adalah -1.2, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Menurut beliau, berdasarkan laporan itu, jumlah anak tempatan berhijrah ke luar Perak adalah seramai 12,800 orang menunjukkan peningkatan berbanding kemasukan ke negeri itu yang merekodkan 11,600 orang.
Katanya, angka itu menunjukkan situasi migrasi negeri Perak masih dalam keadaan terkawal.
“Namun, ia perlu diberi perhatian serius bagi menjamin sumber manusia negeri dapat dikekalkan untuk menyokong dan menggerakkan agenda pembangunan negeri,” katanya.
Saarani berkata demikian sebagai menjawab soalan Yahaya Mat Nor (PH - Pasir Panjang) pada Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Ke - 14, Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Kerajaan negeri juga, kata beliau, akan terus berusaha memperkukuhkan ekosistem berkaitan keperluan kemahiran dan tenaga kerja bagi memastikan rakyat Perak mendapat pekerjaan dan meningkatkan taraf sosioekonomi tanpa perlu berhijrah ke luar.
Jelasnya, antara perancangan yang diatur ialah melalui Invest Perak untuk menarik minat tenaga pakar berkhidmat di negeri ini dengan mempelbagaikan aktiviti ekonomi khususnya, dalam menarik pelaburan berkualiti bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti untuk memenuhi keperluan rakyat.
Dalam masa sama, kata Saarani, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan dijadikan pemacu bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berpotensi menembus ke pasaran pekerjaan dan memenuhi permintaan industri.
“Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM4 juta pada tahun 2022 di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak untuk melaksanakan program latihan kemahiran dalam mendaya upaya agenda ke arah satu warga satu kemahiran,” ujarnya.
Selain itu, kata Menteri Besar, kerajaan negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) juga secara berterusan menjalankan pelbagai bentuk program dan inisiatif dalam usaha untuk menghebahkan peluang-peluang pekerjaan yang wujud, terutamanya kepada graduan-graduan yang bakal menamatkan pengajian mereka.
“Insya-Allah, semua strategi dan pelan tindakan yang dirangka ini dapat mengukuhkan ekosistem bertepatan dengan keperluan ketersediaan tenaga kerja berkemahiran bagi menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan pendapatan negeri,” tambah Saarani.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jul 18 2022
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa kadar migrasi bersih Perak pada tahun 2020 adalah -1.2, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Gambar fail
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Kadar migrasi bersih Perak -1.2 peratus pada 2020
Jumlah anak tempatan berhijrah ke luar Perak seramai 12,800 orang berbanding kemasukan ke negeri itu yang merekodkan 11,600 orang.