KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 melabuhkan tirainya selepas 32 hari bersidang sejak 9 Okt hingga semalam, dengan 12 rang undang-undang diluluskan termasuk Belanjawan 2024.
Belanjawan terbesar dalam sejarah negara membabitkan peruntukan RM393.8 bilion dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt lepas, dibahas di peringkat dasar dan jawatankuasa kira-kira enam minggu sebelum diluluskan pada 27 Nov lalu setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, akan menjadi undang-undang pertama khusus dalam mengawal selia produk merokok di Malaysia.
Meskipun rata-rata Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mahukan supaya peruntukan berkaitan generasi penamat (GEG) yang digugur daripada rang undang-undang itu dikembalikan, ia diluluskan dengan undian suara tanpa pindaan pada hari terakhir sidang dewan.
Persidangan turut meluluskan 10 rang undang-undang lain iaitu Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023, Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023.
Selain itu, Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, Rang Undang-Undang Kewangan (No.2) 2023, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2023.
Sidang dewan juga meluluskan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif dibentangkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk mengatasi masalah struktur pasaran buruh melalui reformasi gaji.
Sementara itu, perjuangan rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza menjadi antara topik utama dibangkitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang sepakat menyokong perjuangan rakyat Palestin menuntut hak dan kedaulatan mereka.
Turut mencuri tumpuan, ucapan dalam bahasa Inggeris Anwar untuk khalayak antarabangsa menyatakan Malaysia menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan dan mengutuk tindakan membunuh insan tidak berdosa di Palestin ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada 31 Okt lepas.
Persidangan kali ini juga "hangat" selepas Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal secara terbuka di Dewan Rakyat mengisytihar menyokong Anwar dan Kerajaan MADANI pada 28 Nov lepas.
Beliau menjadi wakil rakyat pembangkang kelima daripada Bersatu menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Gelagat Ahli Parlimen daripada kedua-dua blok sehingga menimbulkan kekecohan turut mewarnai sesi kali ini dengan tiga Ahli Parlimen iaitu Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar), Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) diarah keluar dewan.
Persidangan Dewan Rakyat yang terakhir bagi tahun ini, ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
![Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700711253_BangunanParlimen.jpg)
Persidangan Dewan Rakyat yang terakhir bagi tahun ini, ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan. - Foto fail/BERNAMA
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
![Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red? Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720339988_Dira.jpg)
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan umat Islam supaya mengambil iktibar sifat sabar dan gigih Nabi Muhammad SAW ketika memperkenalkan sesuatu perkara baharu dengan memikirkan pendekatan strategik agar ia dapat disampaikan secara teran, jelas dan berkesan supaya dapat difahami serta diterima.
![PRU UK: Lebih ramai MP wanita di Dewan Rakyat PRU UK: Lebih ramai MP wanita di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666308797_HousesofParliament.jpg)
PRU UK: Lebih ramai MP wanita di Dewan Rakyat
Jumlah Ahli Parlimen (MP) wanita yang akan duduk di Dewan Rakyat mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum (PRU) United Kingdom (UK).
![Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720176227_TBFahmiFadzilsida.jpg)
Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM
Jabatan Audit Negara bebas membawa kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LAN) 2/2024 untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi
Keputusan untuk membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 dibahaskan di Dewan Rakyat adalah bukti kerajaan terbuka menerima kritikan membina bagi menambah baik tatakelola negara.
![LKAN: 337 sekolah masih guna teknologi broadband 4G LKAN: 337 sekolah masih guna teknologi broadband 4G](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720079587_EthernetCable.jpg)
LKAN: 337 sekolah masih guna teknologi broadband 4G
Sebanyak 337 sekolah masih menggunakan teknologi broadband (4G) atau satelit dengan limitasi capaian kelajuan sehingga 30 Mbps.
![LKAN dedah kelemahan projek kerajaan: RoL, jalur lebar, ECER antara isu signifikan LKAN dedah kelemahan projek kerajaan: RoL, jalur lebar, ECER antara isu signifikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676534868_TBlaporanketuaaudit.jpg)
LKAN dedah kelemahan projek kerajaan: RoL, jalur lebar, ECER antara isu signifikan
Ketua Audit Negara mengemukakan 64 syor audit untuk dilaksanakan oleh kementerian, jabatan, agensi, serta syarikat kerajaan yang diaudit.
![Status penggubalan perundangan akaun keldai tumpuan Dewan Rakyat hari ini Status penggubalan perundangan akaun keldai tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606702087_parlimentmalaysia.jpg)
Status penggubalan perundangan akaun keldai tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu akan dibangkitkan oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
![Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711517619_TBSHAMSUL.jpg)
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
![Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719478739_GobindSinghDeo.jpg)
Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind
Kerajaan akan mengedarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
![Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719992977_MKulasegaran.jpg)
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain.
![Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917992_TBTeoNieChing.jpg)
Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai tahap 81.7 peratus, dengan siapnya 7,114 tapak 5G di seluruh negara setakat ini.