Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil beliau berkata menerusi sidang berkenaan, golongan muda boleh mengemukakan usul tertentu untuk dibawa kepada perhatian kerajaan.
Beliau berkata setiap usul yang dibangkitkan pada sidang kali ini akan dihantar kepadanya bagi tindakan susulan menteri berkaitan.
"Kita harap mereka terlibat dalam demokrasi secara sihat dan produktif (menerusi Sidang Anak Muda K2K). Saya akan terus beri sokongan kerana ada kewajaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Anak Muda K2K ketiga yang disertai 38 orang anak muda di sini hari ini.
Sidang Anak Muda K2K merupakan inisiatif untuk melatih dan melahirkan pemimpin pelapis muda berkualiti sejajar dengan keperluan negara dan melalui sidang itu peserta diperkasa dengan kemahiran berdebat, berbincang serta menyelesaikan masalah sepertimana sidang Parlimen.
Fahmi berkata 38 anak muda yang menyertai sidang berkenaan akan dibawa ke Parlimen bagi membolehkan mereka mengikuti proses sidang Dewan Rakyat pada Oktober ini sewaktu pembentangan Belanjawan 2025.
"Kita nak rancakkan pemahaman dan literasi demokrasi terutama dalam kalangan generasi muda," katanya.
Dalam ucapan perasmian, Fahmi turut mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada 38 anak muda berkenaan bagi membantu dalam program dilaksanakan.
Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Okt ini bertemakan 'Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera'.
-- BERNAMA