HULU TERENGGANU:Kertas siasatan pembunuhan seorang gadis hingga putus pergelangan tangannya di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini sudah hampir lengkap dan akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata siasatan kes itu telah siap lebih 90 peratus.
"Kertas siasatan kes ini hampir lengkap dan akan dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya Terengganu untuk mendapatkan arahan selanjutnya," katanya di sini, pada Rabu.
Mohd Adli berkata, pihaknya turut menggunakan khidmat unit skuba Polis Marin Wilayah Tiga untuk mengesan barang kes yang dipercayai dibuang suspek berusia 19 tahun di Sungai Telemong di Kampung Bukit Tadok, pada Ahad.
"Pasukan Polis Marin telah membuat pencarian dengan melakukan selaman di sekitar kawasan tersebut selama lebih kurang dua jam, bagaimanapun kita tidak menjumpai apa-apa barang yang dikaitkan dengan kes ini," katanya.
BACA: Remaja perempuan jaga ibu sakit disamun, dibunuh kejam
BACA: "Saya akan berjumpa dan minta maaf dengan keluarga arwah Surya" - Ibu Suspek"Saya akan berjumpa dan minta maaf dengan keluarga arwah Surya" - Ibu Suspek
BACA: Bapa harap pembunuh Siti Nur Surya terima balasan setimpal
Dalam kejadian 1 November lalu, Siti Nur Surya Ismail, 19, ditemui dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman pada beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Berikutan itu, rakannya seorang pelajar Tingkatan Enam yang juga suspek utama kes pembunuhan itu telah ditahan dan direman selama 14 hari bagi membantu siasatan.
Nur Fazlizai Ali
Wed Nov 11 2020

Polis turut menggunakan khidmat unit skuba Polis Marin Wilayah Tiga untuk mengesan barang kes di Sungai Telemong di Kampung Bukit Tadok, pada Ahad. -PDRM
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Siasatan kes pembunuhan kejam Surya hampir selesai
Siasatan kes pembunuhan Surya hampir selesai