Seorang peguam dan pembantu wanita direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, sekitar 4 petang, semalam.
Sumber SPRM berkata, peguam berusia 44 tahun itu beroperasi di Kuala Lumpur manakala suspek wanita berusia 29 tahun merupakan pembantu perundangan firma undang-undang itu.
BACA: FIC: Dua individu ditahan bantu siasatan pembelian hotel di London
Mereka disyaki terbabit menguruskan proses dokumentasi perjanjian jual beli antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum dijual kepada FIC, katanya.
Perintah reman bermula hari ini hingga 8 Ogos itu dikeluarkan Majistret Muhamad Safuan Azhar yang membenarkan permohonan SPRM untuk menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Muhamad Safuan memerintahkan reman bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC disambung selama empat hari bermula esok untuk membantu siasatan kes sama.
Terdahulu, di mahkamah sama tiga pengarah syarikat yang direman sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak pada 2014 dibebaskan hari ini dengan jaminan tunai RM20,000 dan jaminan SPRM RM200,000 setiap seorang.
Individu itu ialah pengarah syarikat yang juga pemilik hotel tersebut ditahan di pejabat SPRM Kuching pada 1.30 petang Sabtu lalu manakala dua lagi ditahan SPRM pada Ahad merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2017
Kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, sekitar jam 4 petang, semalam. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Rayuan kembalikan semula kes saman SPSB terhadap Felda, FIC
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pemaju hartanah SPSB mengembalikan semula saman syarikat itu terhadap Felda dan anak syarikatnya,Felda Investment berhubung tanah kosong di Jalan Semarak,KL.
Mahkamah batal saman SPSB terhadap Felda, FIC
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Felda dan FIC untuk membatalkan saman yang difailkan pemaju SPSB.
Tanah Jalan Semarak: Felda saman Isa Samad, Shahrir, 19 lagi
Plaintif memfailkan saman melalui e-filing Mahkamah Tinggi Sivil di sini menerusi firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dengan menamakan 21 mereka sebagai defendan.
Isa Samad didakwa di mahkamah pada Jumaat
Isa akan akan didakwa di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Isu Felda: Lembaga Pengarah tidak dimaklum tukar hak milik tanah - Samsudin
Masalah ini menunjukkan kelemahan urus tadbir yang banyak berselindung di sebalik perancangan projek di tanah berkenaan.
Pembelian hotel di London, SPRM dapatkan MLA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan Mutual Legal Assistance (MLA) dari United Kingdom berkenaan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London.
'Harta Isa Samad belum disita' - Azam Baki
SPRM belum lagi menyita sebarang aset milik bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad susulan pengeledahan di kediamannya malam tadi.
SPRM periksa rumah Isa Samad di Selangor
Beliau berkata pemeriksaan itu adalah proses biasa yang dilakukan oleh agensi terbabit selepas menahan seseorang individu berhubung dakwaan rasuah.
SPRM akan panggil orang penting FIC minggu depan
Setakat ini seramai sembilan individu telah ditahan manakala lebih 30 saksi telah dipanggil berhubung isu pembelian kedua-dua hotel itu.
Siasatan kes FIC: Peguam, pembantu direman lima hari
Seorang peguam dan pembantu wanita direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).