KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa matlamat akhir siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah untuk mengetahui sama ada syarikat itu melakukan sebarang salah laku dan mendapatkan semula wang 1MDB.
Saksi berusia 76 tahun itu menafikan bahawa siasatan tersebut bertujuan mencari jalan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggulingkan kerajaan.
Pihak berkuasa yang terbabit dalam Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan pada 6 Mac 2015 untuk menyiasat isu 1MDB ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Zeti bagi BNM, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
"Ketika itu, siasatan adalah ke atas 1MDB dan bukan PM (Najib), selepas itu kami dapati ada kaitan," kata Zeti ketika disoal oleh peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu yang membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Saksi pendakwaan ke-46 itu juga berkata beliau tidak tahu sama ada SPRM telah menyiasat Najib secara rahsia pada masa tersebut kerana perkara tersebut tidak pernah disebut dalam mesyuarat pasukan petugas.
Muhammad Shafee: Saya katakan kepada awak pasukan petugas berkenaan adalah bagi mencari jalan untuk menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu (Najib)?
Zeti: Tidak betul kerana ketika pasukan itu bermesyuarat buat pertama kali pada 9 Jun 2015, tiada pengetahuan di pihak BNM bahawa terdapat kaitan dengan 1MDB yang membabitkan akaun Perdana Menteri.
Muhammad Shafee: Adakah awak sedar bahawa terdapat draf pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu apabila premis seorang Timbalan Pendakwa Raya SPRM digeledah?
Zeti: Tidak sedar.
Terdahulu, Zeti memaklumkan mahkamah bahawa BNM hanya mengetahui jumlah sebenar wang yang masuk ke akaun Najib ialah RM3.2 bilion selepas serbuan bersama dilakukan oleh BNM dan SPRM ke atas premis AmBank pada 2015.
Muhammad Shafee: Saya katakan kepada awak bahawa awak sedar bahawa kesalahan itu adalah dalam Lembaga Pengarah 1MDB, pihak pengurusan 1MDB, BNM serta AmBank, dan siapa yang berada dalam kandang tertuduh? Bekas PM yang tidak melakukan apa-apa dalam transaksi ini. Saya katakan kepada awak, adakah sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa Najib terlibat dalam penipuan ini?
Zeti: RM3.2 bilion masuk ke dalam akaunnya dan beliau membelanjakan sekurang-kurangnya RM1 bilion dan ini adalah sebahagian daripada wang 1MDB... itulah sebabnya.
Selain itu, Zeti menafikan bahawa Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang ditubuh pada 12 Mei 2018, yang turut dianggotai beliau, adalah untuk meneliti isu 1MDB.
CEP adalah terdiri daripada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Zeti bagi BNM, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, taikun Tan Sri Robert Kuok dan pakar ekonomi Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram.
"Saya menghadiri mesyuarat 100 hari (CEP) dan 1MDB tidak dibincang. Mengapa mereka memanggil Robert Kuok dan Hassan Marican bagi membincangkan isu 1MDB. Kami berada dalam mesyuarat itu untuk memberi nasihat mengenai ekonomi Malaysia," katanya.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
![Siasatan ke atas 1MDB untuk dapatkan semula wang, bukan dakwa Najib - Zeti Siasatan ke atas 1MDB untuk dapatkan semula wang, bukan dakwa Najib - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692013505_ZetiAkhtarAziz.jpg)
Zeti (kanan) hadir bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
!['Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB 'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712315300_jasmineloojholow.jpg)
'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.
![1MDB: Jho Low buka akaun, tiga bulan sebelum terima AS$700 juta - Saksi 1MDB: Jho Low buka akaun, tiga bulan sebelum terima AS$700 juta - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
1MDB: Jho Low buka akaun, tiga bulan sebelum terima AS$700 juta - Saksi
Saksi memberitahu ahli perniagaan, Low Taek Jho membuka akaun bank Switzerland untuk syarikatnya, Good Star Ltd tiga bulan sebelum menerima AS$700 juta dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti 1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693209185_ZetiAkhtarAziz.jpg)
1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa BNM sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1MDB namun AG mengurangkan kepada RM15 juta.
![Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679977730_TunMahathirSidang.jpg)
Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
![1MDB akui tiada wang atau pelaburan selepas didenda RM15 juta - Zeti 1MDB akui tiada wang atau pelaburan selepas didenda RM15 juta - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692184039_TBzeti.jpg)
1MDB akui tiada wang atau pelaburan selepas didenda RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi 1MDB mengaku tidak mempunyai wang atau pelaburan selepas bank pusat itu mengenakan denda berjumlah RM15 juta terhadap syarikat berkenaan.
![BNM tahu AS$700 juta 1MDB masuk akaun syarikat Jho Low selepas 6 tahun - Zeti BNM tahu AS$700 juta 1MDB masuk akaun syarikat Jho Low selepas 6 tahun - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692170044_KesMDB.jpg)
BNM tahu AS$700 juta 1MDB masuk akaun syarikat Jho Low selepas 6 tahun - Zeti
Mahkamah Tinggi diberitahu hanya selepas hampir tujuh tahun, barulah Bank Negara mendapati wang AS$700 juta milik 1MDB telah masuk ke akaun salah iaitu syarikat Jho Low.
![Hakim ingatkan orang ramai tidak ketawa terbahak-bahak ketika prosiding kes Najib Hakim ingatkan orang ramai tidak ketawa terbahak-bahak ketika prosiding kes Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692095088_NajibTunRazak.jpg)
Hakim ingatkan orang ramai tidak ketawa terbahak-bahak ketika prosiding kes Najib
Hakim yang mengadili kes rasuah dana 1MDB dan pengubahan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada orang ramai di galeri awam supaya tidak ketawa terbahak-bahak semasa prosiding.
![Dakwaan Jho Low masak pasta untuk keluarga 'tidak masuk akal', 'melampau' - Zeti Dakwaan Jho Low masak pasta untuk keluarga 'tidak masuk akal', 'melampau' - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692085928_JhoLow.jpg)
Dakwaan Jho Low masak pasta untuk keluarga 'tidak masuk akal', 'melampau' - Zeti
Itu jawapan tegas bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz apabila dicadangkan bahawa bahawa Jho Low yang rapat dengan suaminya, Datuk Tawfiq Ayman akan datang ke rumahnya.
![Siasatan ke atas 1MDB untuk dapatkan semula wang, bukan dakwa Najib - Zeti Siasatan ke atas 1MDB untuk dapatkan semula wang, bukan dakwa Najib - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692013505_ZetiAkhtarAziz.jpg)
Siasatan ke atas 1MDB untuk dapatkan semula wang, bukan dakwa Najib - Zeti
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa matlamat akhir siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap 1MDB adalah mendapatkan semula wang 1MDB.
!['Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti 'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690476317_TBzeti.jpg)
'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd