LANGKAWI: Peserta projek perintis penanaman padi pulut di Langkawi melahirkan kebimbangan apabila hasil pendapatan mereka merosot akibat pelbagai masalah dihadapi.
Ahmad Nayan, 54, berkata, antara masalah berkenaan adalah kelewatan memulakan kerja-kerja penanaman dan bekalan air tidak mencukupi.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan hasil pendapatannya merosot sehingga 70 peratus pada musim menuai.
“Jika tidak berlaku masalah seperti itu, kami mampu peroleh RM1,600/relong seperti pesawah yang menanam padi biasa, tetapi malangnya kami yang tanam padi pulut di sini hanya dapat lebih kurang RM200/relong sahaja,” katanya di sini pada Khamis.
Ahmad juga bimbang masa depan pesawah padi pulut semakin malap memandangkan untuk mendapatkan hasil tuaian mengambil masa sekitar enam bulan berbanding padi biasa hanya empat bulan.
Sementara itu, Yaakob Saad, 74, berharap tindakan segera diambil oleh pihak berwajib bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi.
“Kebanyakan peserta terlibat adalah pesawah miskin yang menyewa tanah sebanyak RM300 serelong tetapi hasil yang kami peroleh amat menyedihkan,” jelasnya yang mengusahakan tanaman padi pulut seluas tujuh relong.
Kasa Morad, 56, turut tidak berpuas hati dengan tahap kejayaan projek perintis ini dan meminta pihak pengurusan membayar pampasan kepada pesawah terlibat bagi meringankan beban ditanggung.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) segera menyiasat projek perintis yang dilancarkan pada 2019 itu susulan menimbulkan pelbagai masalah kepada pesawah.
“Projek yang diuruskan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) itu mempunyai 400 peserta yang mengusahakan penanaman padi pulut seluas kira-kira 2,000 relong sejak tiga musim lalu.
“Dalam tinjauan CAP, pesawah yang terlibat menyatakan masalah itu berpunca daripada kelemahan dan ketidaksempurnaan pengurusan projek tersebut menyebabkan mereka mengalami kemerosotan hasil pendapatan dan kerugian besar,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini pada Khamis.
Menurut kenyataan CAP, pihaknya mendapati kawasan sawah yang ditanam padi pulut kering kontang dan sebahagian besar pokok padi telah mati akibat ketiadaan bekalan air, manakala saliran dipenuhi semak kerana tidak dibersihkan.
“CAP simpati dengan pesawah ini dan berharap siasatan serta tindakan segera dilakukan oleh MAFI, Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan bagi memastikan keadaan itu tidak berlarutan. Mereka perlu pastikan kehidupan pesawah terbabit lebih terjamin,” katanya.
Katanya, diharap pesawah yang terjejas sumber pendapatan diberikan pampasan setimpal selain mahu MAFI mendedahkan hasil siasatan dan tindakan yang diambil bagi menanganinya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 14 2022

Yaakob menunjukkan tanah sawah padi pulut yang kering kontang. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

BERNAS pamer kelainan di Laman Padi MAHA 2024 kali Ini
BERNAS mengambil peluang untuk mempamerkan inovasi terbaharu dalam pertanian padi dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan industri ini.

Siasat projek perintis padi pulut di Langkawi
Antara masalah berkenaan adalah kelewatan memulakan kerja-kerja penanaman dan bekalan air tidak mencukupi.

Belanjawan 2020: Padi pulut jadi produk perdana Pulau Langkawi
Peruntukan RM30 juta untuk penghasilan padi pulut sebagai produk perdana Pulau Pangkawi akan memberi manfaat kepada lebih 1,200 petani