Ini transkrip video yang berdurasi 2:15 saat yang dipercayai sedang tular di media sosial saat ini.
"Lihat ya .. anggota bomba biasa...anggota bomba.
"Tolong cari kenderaan... tolong bawa dia!
"Tolong usung ....tolong usung dia.. bagi laluan!
"Tolong tepi, tepi..tolong bagi laluan.
"Ini anggota bomba, angkat dia.
"Cari kereta! Kami nak tolong ni.
"Ini anggota bomba Melayu ... kami tolong sahaja!
"Tak ada apa, abang rileks, abang tenang ya," kata mereka kepada anggota bomba.
"Kalau kami soal... mereka labelkan kami ini orang jahat.
"Okay, okay.. rileks abang.
"Polis polis yang sampai ke sini buat apa...
"Siapa ada kerata?! Tolong berhentikan HILUX itu.
"Tolong berhentikan kereta itu! Abang boleh tolong bawa dia ke hospital?
"Tolong angkat dia kat belakang kenderaan. Kak, boleh tolong tak
"Tolong jaga jaga... angkat dia."
Insiden itu berlaku pada hari kedua rusuhan berkenaan ekoran pertikaian berhubung tanah kuil berkenaan dengan syarikat pemaju.
Kuil Sri Maha Mariamman sepatutnya dipindahkan pada 22 November, selepas tanah itu dibeli oleh pemaju One City Development Bhd.
Setelah dibawa ke mahkamah, penghakiman persetujuan dicapai pada 2014 dengan One City dan dua pihak yang mahu menguruskan kuil itu setuju ia dipindahkan ke sebidang tanah yang terletak kira-kira 3km dari tapak asal.
Susulan persetujuan itu, One City menderma RM1.5 juta kepada pihak kuil.
Bagaimanapun, terdapat penganut Hindu yang menentang rancangan pemindahan itu.
Sehingga kini, polis telah menangkap 21 individu berhubung kejadian itu selain memburu mereka yang bertanggungjawab menyerang anggota bomba berkenaan.