KUALA LUMPUR: Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) mula berkuat kuasa di seluruh negara hingga 31 Dis dalam usaha kerajaan untuk menstabilkan harga barangan keperluan dan memastikan bekalan itu mencukupi di pasaran.
Antara barangan disenaraikan di bawah skim itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kacang panjang, cili merah, tomato, sawi hijau, kubis bulat import (dari Indonesia dan China) serta timun.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata pematuhan skim itu melibatkan setiap peringkat dalam rantaian pembekalan barangan keperluan.
"Sebanyak 12 barangan yang disenarai SHMKM terdiri daripada tiga kategori ayam, tiga gred telur ayam dan sayur-sayuran pilihan ramai adalah barangan yang berpotensi untuk naik lagi harganya jika tiada kawalan," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di Pasar Sri Gombak, Selangor dekat sini pada Selasa.
Azman berkata berikutan pelaksanaan SHMKM, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP akan meningkatkan pemeriksaan pemantauan harga untuk memastikan pematuhan terhadap skim melibatkan kira-kira 2,200 pegawai penguat kuasa dan 1,000 pegawai pemantau harga di seluruh negara.
Azman menyeru pengguna untuk menyalurkan aduan kepada KPDNHEP supaya tindakan boleh diambil sekiranya terdapat sebarang kenaikan harga melebihi harga maksimum ditetapkan.
Sementara itu, di KELANTAN, KPDNHEP negeri mengeluarkan 166 notis terhadap peniaga yang dilaporkan menjual barangan pada harga mahal sejak awal Januari hingga semalam.
Pengarahnya Adnan Abd Rahman berkata notis itu dikeluarkan supaya peniaga terlibat memberikan penjelasan munasabah mengenai harga barangan yang dijual hingga menyebabkan pengguna membuat aduan.
Beliau berkata notis diserahkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dengan peniaga diminta memberikan jawapan mengenai harga barangan jualan mereka seperti ayam yang mencapai hingga RM9 sekilogram.
"Daripada 166 notis yang diserahkan itu, 52 daripadanya membabitkan peniaga ayam, peniaga telur (12), peniaga sayur (12) dan peniaga barangan lain (90)," katanya kepada pemberita selepas tinjauan hari pertama penguatkuasaan SHMKM di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjung di sini.
Di MELAKA, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata 100 anggota dan pengawai penguat kuasa KPDNHEP Melaka akan digerakkan di semua peringkat rantaian perniagaan bagi melakukan pemeriksaan sepanjang pelaksanaan SHMKM.
"Pemeriksaan akan dilakukan secara berkala setiap hari membabitkan peringkat ladang, pengeluar, peruncit dan peniaga bagi memastikan tiada pihak menaikkan harga 12 barangan keperluan yang disenaraikan SHMKM," katanya.
Ngwe berkata pihaknya menerima enam aduan kenaikan barangan membabitkan telur dan ayam dalam tempoh 1 Jan hingga semalam.
Di PERAK, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Yunus Jamhari yang ditemui selepas meninjau pelaksanaan hari pertama SHMKM di sebuah pasar raya barangan keperluan di Ipoh berkata tahap pematuhan adalah baik.
"Seramai 176 pegawai penguat kuasa KPDNHEP Perak dan 79 pegawai pemantau harga akan terus membuat pemantauan pematuhan SHMKM di seluruh negeri sepanjang pelaksanaan skim berkenaan," katanya.
Beliau berkata sejak awal November, KPDHEP Perak menerima lapan aduan dengan lima di bawah kesalahan AKHAP 2011 manakala tiga lagi mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021

Azman berkata pematuhan skim itu melibatkan setiap peringkat dalam rantaian pembekalan barangan keperluan. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Mesyuarat Kabinet akan bincang isu harga siling ayam - Alexander
Persatuan mengemukakan cadangan, mewakili pihak industri untuk diketengahkan dalam mesyuarat di peringkat kerajaan.

Harga ayam, telur, kacang panjang, sawi turun esok
Empat barangan itu sebahagian daripada 12 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia yang terlibat dalam pelarasan harga semula.

Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga 4 Feb tahun depan
Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dijadualkan berakhir Jumaat ini (31 Dis), dilanjutkan selama 35 hari lagi berkuatkuasa 1 Jan hingga 4 Feb tahun depan.

Majoriti peniaga patuh Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia - KPDNHEP
Majoriti peniaga didapati mematuhi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dikuatkuasakan 7 Dis lepas.

SHMKM: KPDNHEP tingkat penguatkuasaan hingga 31 Dis
Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) mula berkuat kuasa dalam usaha kerajaan untuk menstabilkan harga barangan keperluan.

Senarai barangan dalam Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dikaji berterusan
Harga maksimum ayam standard ditetapkan pada RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong.

Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia stabilkan harga barang
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, skim ini akan berkuat kuasa pada 7 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021.