KUALA LUMPUR: Majoriti peniaga didapati mematuhi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dikuatkuasakan 7 Dis lepas dengan 28 kesalahan dikenal pasti oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara.
Ketua Seksyen Kawalan Harga dan Anti Pencatutan Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Zubir Hamsa berkata 20 kesalahan melibatkan penandaan harga dan baki lapan kesalahan adalah menjual melebihi harga maksimum.
"Kompaun berjumlah RM7,900 telah dikeluarkan melibatkan 26 kesalahan di peringkat runcit dan dua di peringkat borong," katanya dalam program bual bicara Biz Malaysia terbitan RTM bertajuk "SHMKM: Menstabilkan Harga Barang", pada Rabu.
Perak mencatatkan kes kesalahan tertinggi iaitu sebanyak 14 kes, diikuti Selangor (lima), Sabah (empat), Pulau Pinang (dua), dan masing-masing satu kesalahan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Menurutnya setakat SHMKM dilaksanakan, sebanyak 11,474 pemeriksaan telah dibuat meliputi semua rantaian pengedaran barangan.
Dalam pada itu Zubir berkata sebanyak 741 semakan harga sayur-sayuran telah dibuat menerusi Ops Pasar dan 590 notis telah dikeluarkan menuntut penjelasan kenaikan harga, manakala bagi Ops Menu pula, terdapat 69 tindakan kes daripada keseluruhan 5,877 pemeriksaan di restoran dan kedai menjual makanan laut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021

Majoriti peniaga didapati mematuhi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dikuatkuasakan 7 Dis lepas. - Gambar fail/Astro AWANI/Hamzah Hamid

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Mesyuarat Kabinet akan bincang isu harga siling ayam - Alexander
Persatuan mengemukakan cadangan, mewakili pihak industri untuk diketengahkan dalam mesyuarat di peringkat kerajaan.

Harga ayam, telur, kacang panjang, sawi turun esok
Empat barangan itu sebahagian daripada 12 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia yang terlibat dalam pelarasan harga semula.

Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga 4 Feb tahun depan
Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dijadualkan berakhir Jumaat ini (31 Dis), dilanjutkan selama 35 hari lagi berkuatkuasa 1 Jan hingga 4 Feb tahun depan.

Majoriti peniaga patuh Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia - KPDNHEP
Majoriti peniaga didapati mematuhi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dikuatkuasakan 7 Dis lepas.

SHMKM: KPDNHEP tingkat penguatkuasaan hingga 31 Dis
Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) mula berkuat kuasa dalam usaha kerajaan untuk menstabilkan harga barangan keperluan.

Senarai barangan dalam Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dikaji berterusan
Harga maksimum ayam standard ditetapkan pada RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong.

Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia stabilkan harga barang
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, skim ini akan berkuat kuasa pada 7 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021.