PUTRAJAYA: Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dijadualkan berakhir Jumaat ini (31 Dis), dilanjutkan selama 35 hari lagi berkuatkuasa 1 Jan hingga 4 Feb tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata jumlah barangan harga terkawal bagi pelaksanaan SHMKM itu adalah sama iaitu melibatkan 12 jenis barangan makanan keperluan asas dari kategori ayam, telur ayam dan sayur-sayuran.
Antara barangan yang disenaraikan di bawah skim tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kacang panjang, cili merah, tomato, sawi, kubis bulat import (dari Indonesia dan China) serta timun.
"Berdasarkan maklum balas yang diterima dan sebagai langkah berterusan untuk menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan, kementerian memutuskan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan SHMKM," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan SHMKM berkuat kuasa 7 Dis hingga 31 Dis ini dalam usaha kerajaan untuk menstabilkan harga barangan keperluan dan memastikan bekalan itu mencukupi di pasaran.
Nanta berkata terdapat empat jenis barangan yang terlibat dengan pelarasan harga dalam SHMKM iaitu ayam, telur ayam, sawi dan kacang panjang untuk lokasi-lokasi terpilih.
"Pelarasan harga ini dibuat adalah berdasarkan kepada situasi dan faktor-faktor tertentu bagi menjamin kestabilan harga dan bekalan," katanya.
Sepanjang pelaksanaan SHMKM itu, anggota penguat kuasa dan pegawai pemantau harga Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan pemantauan setiap hari di seluruh negara, katanya.
"Pemeriksaan antaranya melibatkan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya serta peniaga-peniaga di peringkat rantaian borong," katanya.
Beliau berkata KPDNHEP serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa bekerjasama melakukan pemeriksaaan untuk memastikan bekalan barangan adalah mencukupi selain menjamin kestabilan harga barang di pasaran.
Nanta mengingatkan semua peniaga agar terus mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan di bawah skim itu kerana jika gagal, mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Orang ramai dan peniaga boleh merujuk di portal rasmi kementerian iaitu https://www.kpdnhep.gov.my/ms/pengumuman/1117-hargamaksimum-shm-keluarga-malaysia-28-dis-2021.html untuk senarai daftar barangan dan harga yang terlibat dalam skim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021

Nanta mengingatkan semua peniaga agar terus mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan di bawah skim itu kerana jika gagal, mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.- Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.

NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.

PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.