PUTRAJAYA: Harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling ditetapkan daripada RM9.10 kepada RM8.90 sekilogram manakala harga telur ayam semua gred kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan harga baharu buat dua barangan itu berkuat kuasa pada 5 Februari sehingga 5 Jun 2022.
Harga siling baharu itu merupakan satu daripada sembilan keputusan ditetapkan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang bermesyuarat pada Isnin.
Menurut Ismail Sabri, mesyuarat juga memutuskan untuk memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal seperti SHMKM.
BACA: Peniaga naikkan harga jualan, tak patuh undang-undang boleh didakwa - Nanta
“Perincian subsidi ini akan dilakukan oleh Pasukan Khas Mengenai Kos Sara Hidup Negara yang akan diketuai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta beberapa kementerian, wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persatuan pengguna sehingga harga kembali stabil,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Selain itu, katanya, permit import ayam bulat dibuka kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport ayam, berbeza berbanding sebelum ini yang hanya membenarkan mereka mengimport bahagian seperti kepak, paha dan lain-lain.
Tambah beliau, mesyuarat juga bersetuju AP mengimport ayam dibuka kepada pengusaha pasar raya besar.
“Mesyuarat juga mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.
“Bahkan, pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang melibatkan 222 Parlimen perlu dilaksanakan secara maksimum dengan kerjasama bersepadu melibatkan kementerian terbabit.
“Pelaksanaan Kedai Harga Patut perlu diaktifkan semula di seluruh negara serta menambah kekerapan operasi pasar tani di satu-satu kawasan,” ujarnya.
Menurut Perdana Menteri, mesyuarat turut meminta Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam.
“Permohonan pengambilan pekerja asing daripada Bangladesh telah dibuka secara berperingkat mulai 28 Januari 2022.
“Koperasi yang terlibat dalam industri pertanian akan turut dilibatkan untuk menawarkan barangan asas tanpa melibatkan orang tengah untuk mengawal harga,” katanya.
Tegasnya, mesyuarat pada Isnin memberi fokus kepada penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan tekanan kenaikan harga namun penjelasan jangka masa panjang akan diperincikan dalam mesyuarat akan datang.
Berikut perancangan masa akan datang yang diputuskan mesyuarat:
1) Menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjadikan isi rong kelapa sawit bagi menggantikan jagung dan soya sebagai makanan ayam.
2) Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memanjangkan tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara (TOL) bagi aktiviti pertanian.
3) Jaminan bekalan makanan bukan hanya mencukupi tetapi kemampuan Keluarga Malaysia untuk membeli.
Ridauddin Daud
Mon Jan 31 2022

Ismail Sabri mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL mengenai Industri Pengeluaran Makanan, membincangkan isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam. - Foto Pejabat Perdana Menteri

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

MARA miliki peruntukan mencukupi terus taja pelajar ke luar negara - Mahdzir
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempunyai peruntukan mencukupi untuk terus menghantar pelajar tajaannya menyambung pengajian ke luar negara.

SHMKM: Harga maksimum runcit ayam standard kurang 20 sen, harga telur kekal - Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan harga baharu buat dua barangan itu berkuat kuasa pada 5 Februari sehingga 5 Jun 2022.

MRM lancar NadiWilayah, sasar lahirkan 100 usahawan dalam enam bulan
Presidennya, Firdaus Wong berkata, MRM memperuntukkan dana berjumlah RM500,000 dan menyasarkan untuk mewujudkan 100 usahawan dalam masa enam bulan melalui inisiatif tersebut.

Bantuan Penjana ditolak: Ibu tunggal boleh mohon semula
Sejak permohonan dibuka Julai lepas, hanya 25,000 permohonan diluluskan dan selebihnya ditolak berikutan maklumat tidak lengkap.

Ekonomi sara hidup wajib segera dilaksana, tapi kerajaan berdepan halangan besar
Dalam keadaan di mana kerajaan perlu dengan segera laksnakan program ekonomi sara hidup ini, terlalu banyak ranjau menunggu di depannya.

OKU tanpa dua belah tangan cekal usahakan ternakan lembu
Rahim cekap menguruskan ternakannya termasuk mencuci kandang dan memberi lembunya makan walaupun hanya menggunakan kakinya.

Kerajaan berusaha selesaikan isu penyusutan ringgit - Tun Mahathir
Satu daripada sebab penurunan nilai ringgit adalah pihak yang menurunkan nilai mata wang, kata Perdana Menteri.

Ibu tunggal OKU penglihatan kental buat empat kerja demi sara keluarga
Walaupun hidup dalam kesempitan, Malikah gembira kerana dapat mencari rezeki menggunakan kudrat sendiri untuk membesarkan dua anaknya.

Saifuddin harap PSP bersasar B40, M40 akan dilaksana serentak pada 2020
KPDNHEP akan adakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan data penerima dan memperhalusi mekanisme yang diperlukan.

Kerajaan usaha tingkat kuasa beli rakyat - Tun Mahathir
Kerajaan kini berusaha untuk meningkatkan kuasa beli rakyat walaupun menyedari ringgit kini berada di bawah paras nilai sepatutnya.