SHAH ALAM : Beberapa kawasan di Seksyen 13, di sini mengalami banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 3 petang Rabu.
Media sosial kini mula tular dengan pelbagai gambar dan video yang memaparkan kawasan yang dinaiki naik, termasuk sekitar Masjid Seksyen 13, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Seorang pengguna Facebook, AdiNda Az turut berkongsi tiga gambar yang memaparkan situasi banjir dan turut kelihatan, beberapa kenderaan terperangkap kerana ditenggelami air.
Sebuah video berdurasi 23 saat turut dikongsi Mohd Shahrul Adzhar yang menunjukkan ada kenderaan yang turut terkandas susulan jalan ditenggelami air.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira antara jam 3.40 petang hingga 4.37 petang.
"Antara kawasan terlibat ialah laluan Jalan Persiaran Sukan serta laluan bulatan Stadium Shah Alam menghala bangunan Accapela.
"Selain itu, banjir kilat dilaporkan turut melanda di Jalan Surau Munawwarah sehingga persimpangan lampu isyarat di jalan tersebut, persimpangan lampu isyarat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, laluan jalan berhampiran bangunan lama Management and Science University (MSU) serta laluan di Pangsapuri Perdana," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, keadaan bagaimanapun terkawal dan tiada jalan ditutup ekoran air difahamkan telah surut.
"Pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa, orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.
"Situasi di kawasan terlibat banjir kilat ini dalam keadaan terkawal setakat ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima panggilan berkaitan kejadian.
"Bagaimanapun pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa dan anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian.
"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan selepas ini," katanya.
Pada Rabu, tular video banjir kilat di sekitar kawasan Seksyen 13 yang dimuat naik di media sosial oleh pengguna di lokasi kejadian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 16 2023

Media sosial kini mula tular dengan pelbagai gambar dan video yang memaparkan kawasan yang dinaiki naik, termasuk sekitar Masjid Seksyen 13, Taman Tun Dr Ismail (TTDI). - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.

Gas ammonia bocor, 10 pekerja kilang dikejarkan ke hospital
Sepuluh pekerja dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7.

RM30 juta ubah suai bangunan lama BNM jadi Galeri Shah Alam
Kerajaan Selangor akan menjadikan bangunan lama milik Bank Negara Malaysia (BNM) di Seksyen 14 di sini sebagai galeri lukisan.

Peremajaan bandar di Shah Alam mula dilaksana suku ketiga 2024
Projek peremajaan itu adalah seiring dengan usaha pihaknya dalam menjadikan Shah Alam sebagai sebagai bandar raya sifar karbon.

Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak
Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan.

Jurulatih cabul kanak-kanak: Polis terima satu lagi laporan
Seorang lagi kanak-kanak perempuan mendakwa menjadi mangsa cabul tenaga pengajar sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini pada Rabu.

10 disah maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina - KP Selangor
Semua penumpang dan kru sebuah pesawat ringan yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam dilaporkan terkorban.

Kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam
Sebuah pesawat dilaporkan terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam, pada Khamis.

Shah Alam dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di Seksyen 13, di sini mengalami banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 3 petang Rabu.