SHAH ALAM: Sepuluh pekerja dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan 11.15 pagi berhubung kejadian tersebut dan mendapati terdapat kebocoran gas ammonia daripada injap tangki penyimpanan gas tersebut.
Beliau berkata mangsa terdiri daripada lapan wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30-an, telah dihantar ke Hospital Shah Alam bagi rawatan selanjutnya.
"Kerja-kerja bagi menutup injap bocor sedang dilakukan oleh pasukan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT)," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024

Kebocoran gas ammonia dikenal pasti berlaku pada injap tangki penyimpanan gas tersebut. - Gambar/ JBPM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.

Kebocoran gas klorin: 60 dikejarkan ke pusat perubatan di Iran
Enam puluh individu di wilayah Isfahan, tengah Iran dikejarkan ke pusat perubatan selepas disyaki terhidu gas klorin pada Ahad, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Julai 2024.

Gas ammonia bocor, 10 pekerja kilang dikejarkan ke hospital
Sepuluh pekerja dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7.

Gas bocor di kilang berdekatan KLIA, tiada kemalangan jiwa
Satu kejadian kebocoran gas berlaku di sebuah kilang berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

11 cedera, 1 hilang letupan di hotel Texas
Letupan di Hotel Sandman Signature Fort Worth Downtown itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

Kebocoran gas: Enam buruh asing dikejarkan ke hospital
Seorang buruh pengsan manakala lima lagi sesak nafas akibat terhidu gas bocor dipercayai klorin di tapak pembinaan di Pegagau Agriculture Wakuba semalam.

Lelaki melecur, 12 motosikal rosak akibat letupan disyaki kebocoran gas
Insiden itu menyebabkan 12 motosikal rosak setelah dihempap dinding konkrit dapur unit apartment yang runtuh akibat terbakar itu.