SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menjadikan bangunan lama milik Bank Negara Malaysia (BNM) di Seksyen 14 di sini sebagai galeri lukisan.
Exco Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata galeri baharu yang akan dinamakan sebagai Galeri Shah Alam itu dijangka beroperasi dua tahun lagi dan pengubahsuaian bangunan itu bakal menelan belanja lebih RM30 juta.
Beliau berkata bangunan lama itu dibeli kerajaan negeri dua tahun lepas dengan nilai RM38 juta dan kini dalam proses mendapatkan rangka lukisan konsep daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Sekarang kita tengah buat pengubahsuaian untuk runtuhkan dahulu struktur dalam bangunan dan akan jadikan bangunan itu Galeri Shah Alam yang baharu.
"Untuk bangunan baharu yang akan kita ubah suai ini, sudah ada kelebihan bilik kebal dan sebelum bangunan itu dibeli, kita (kerajaan negeri) sudah minta perkenan Tuanku (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) sekiranya baginda berkenan meletakkan lukisan yang bernilai tinggi di sana nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Terbuka Galeri Shah Alam (PTGSA) 2024 di sini, hari ini.
Borhan berkata Selangor kini mempunyai sebuah galeri lukisan iaitu Galeri Shah Alam yang berusia 33 tahun di Persiaran Tasik, Seksyen 14 di sini.
Selain itu katanya kira-kira 5,000 pengunjung dijangka memeriahkan PTGSA 2024 yang berlangsung hingga 29 Feb ini, mempamerkan 52 karya seni pelbagai tema.
Dalam pada itu, Borhan berkata seramai 28,000 penjawat awam negeri akan memakai baju Batik Selangor bermotif bunga tanjung kelopak sembilan yang merupakan warisan kerajaan negeri setiap Khamis.
Pemakaian baju batik itu juga menurutnya akan diperluas kepada kakitangan anak syarikat kerajaan negeri secara berperingkat.
Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari melancarkan Batik Selangor bercorak bunga tanjung kelopak sembilan iaitu simbolik kepada sembilan daerah di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024

Borhan berkata, bangunan lama itu dibeli kerajaan negeri dua tahun lepas dengan nilai RM38 juta. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

RM30 juta ubah suai bangunan lama BNM jadi Galeri Shah Alam
Kerajaan Selangor akan menjadikan bangunan lama milik Bank Negara Malaysia (BNM) di Seksyen 14 di sini sebagai galeri lukisan.