Bekas kakitangan Petrosaudi International, Andre Xavier Justo yang sebelum ini mendapat perhatian media antarabangsa susulan pendedahannya mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Justo turut memuat naik foto pertemuan bersama Pengerusi Pakatan Harapan itu menerusi platform media sosial, Facebook (FB) miliknya.

“Ini merupakan peluang yang istimewa dan sesuatu yang luar biasa!” tulisnya menerusi kapsyen di FB.


Foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dari pengguna FB di ruang komen.

Foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Foto: Facebook

Justo telah dibebaskan dari penjara di Bangkok Thailand pada 20 Disember 2016 selepas dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Namun hukuman penjara itu dipendekkan selepas dia diberikan dua Pengampunan Diraja, pertamanya oleh mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada Ogos 2016 dan Raja Maha Chakri Bodindradevarangkun yang baru.

BACA: Justo naiki penerbangan ke Switzerland lewat malam ini - Pegawai

BACA: Justo diberikan pengampunan oleh Raja Bhumibol

Polis Thailand sebelum itu menahan Justo atas tuduhan cuba memeras ugut Petrosaudi, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan penjualan dokumen itu, beberapa e-mel dan dokumen kenmudiannya disiarkan oleh portal berita Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.