KOTA KINABALU: Beberapa sesi libat urus yang dilaksanakan kerajaan pada masa ini berkenaan dengan tuntutan kumpulan yang mendakwa diri mereka waris Kesultanan Sulu terhadap kerajaan Malaysia bertujuan untuk menerangkan isu dan status semasa tuntutan itu kepada rakyat.
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata ini termasuk sesi yang diadakan semalam di sini bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pemimpin, pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan Sabah.
Beliau berkata sesi itu juga membuka ruang kepada pimpinan dan rakyat Sabah untuk memberi input dan cadangan bagi memperkuat dan memperkasakan tindakan yang sedang dan bakal diambil Malaysia terhadap penuntut itu yang menjalankan aktiviti di Eropah serta pembiaya mereka.
"ADUN Sabah, pegawai kanan Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan serta pemimpin-pemimpin tempatan yang hadir telah dimaklumkan mengenai tindakan-tindakan yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Malaysia.
"Kerajaan akan terus mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman sama ada berbentuk serangan bersenjata atau yang mempergunakan tindakan perundangan atau komersial," katanya ketika berucap pada sesi itu di sini semalam.
Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick; bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee juga ADUN Dilantik; dan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Khairul Dzaimee berkata sesi libat urus semalam adalah lanjutan daripada pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bersama-sama ADUN Sabah yang diadakan pada 1 Mac lepas.
"Mereka yang hadir dimaklumkan selain tindakan perundangan peguam antarabangsa dilantik kerajaan, tindakan perhubungan awam dan media antarabangsa dan tempatan turut dibuat melibatkan Kementerian Komunikasi dan Digital, BERNAMA dan firma perhubungan awam antarabangsa dilantik Kerajaan," katanya.
Beliau berkata penerangan kepada rakyat sedang dilaksanakan khususnya di Sabah memandangkan kes ini paling mengesankan rakyat Sabah akibat pencerobohan di Lahad Datu yang didalangi penyokong penuntut kes tersebut
Sementara itu, dalam kenyataan pada sesi itu Khairul Dzaimee berkata satu Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023: Kedaulatan dan Kekebalan Negara Dalam Timbang Tara Komersial anjuran bersama Asian International Arbitration Centre (AIAC), Universiti Malaya dan BHEUU akan diadakan pada 9 Mei ini.
"Ia bagi memberi pencerahan yang lebih terperinci berkaitan perkara ini. Kolokium tersebut akan memberifokus, antara lainnya kepada kesan Konvensyen Bagi Mengiktiraf Dan Menguatkuasa Awad Timbang Tara Antarabangsa (Konvensyen New York) dan kekebalan kedaulatan negara," katanya.
Beliau berkata kolokium yang sama juga dirancang untuk diadakan di negeri Sabah dan beberapa negaraantaranya United Kingdom selepas ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023

Khairul Dzaimee (tengah) berkata penerangan kepada rakyat sedang dilaksanakan khususnya di Sabah memandangkan kes ini paling mengesankan rakyat di negeri itu. - Facebook BHEUU
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.

Kerajaan tidak terburu-buru kejar status negara maju - Rafizi
Kerajaan tidak terburu-buru mengejar status negara maju sebaliknya pertumbuhan ekonomi yang semakin baik menjadikan Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai kedudukan itu.

Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.

Malaysia perlu manfaatkan pasaran ASEAN yang dijangka cecah lebih satu bilion pengguna - Rafizi
Malaysia perlu mengambil peluang dalam pasaran terbuka ASEAN untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatannya serta terus menempatkan negara di kedudukan tertinggi dalam pasaran.

Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil
Oleh kerana waktu yang terlalu singkat, MUDA tidak dapat menghantar wakil untuk hadir sesi libat urus itu.

Sesi libat urus muktamadkan RUU Akta Sewaan Kediaman akan diteruskan
Sesi libat urus bagi memuktamadkan draf penggubalan RUU Akta Sewaan Kediaman khususnya dalam aspek pelaksanaan dan pentadbiran akta akan diteruskan bersama kerajaan negeri.

RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dicadang dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas
Teresa Kok berkata cadangan untuk dirujuk ke jawatankuasa itu penting bagi membolehkan lebih banyak sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dilakukan.

KUSKOP adakan sesi libat urus pertama MPUKPPD zon utara - Ewon
KUSKOP pada Sabtu mengadakan sesi libat urus pertama berhubung cadangan pelaksanaan MPUKPPD bagi negeri-negeri zon utara.

KPT sedia teliti semula jumlah jam mengajar pensyarah di universiti
Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneliti keperluan keseimbangan jumlah jam mengajar bagi kalangan pensyarah di universiti negara ini.

Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).