KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen mencadangkan Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penelitian lanjut.
Pada sesi perbahasan rang undang-undang itu, Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) berkata cadangan untuk ia dirujuk ke jawatankuasa itu penting bagi membolehkan lebih banyak sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk pusat rawatan swasta, dapat dilakukan untuk mengenal pasti rawatan terbaik bagi penagih dadah.
"Kerajaan harus berkerjasama dengan pusat rawatan swasta termasuk yang menggunakan nilai dan ajaran agama kerana menurut bekas penagih, kaedah rawatan dan program yang mementingkan kasih sayang dan didikan agama lebih efektif dalam membantu mereka keluar daripada kancah penagihan dadah.
"Saya juga menyokong agar rang undang-undang ini diletak di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan (KKM) dan bukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekiranya kita serius untuk keluarkan penagih daripada melihat mereka sebagai penjenayah atau decriminalisation penagih dadah," katanya.
Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) pula berkata terdapat beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan seperti takrifan 'pegawai pemulihan' dalam rang undang-undang berkenaan yang langsung tidak menyatakan kelayakan dan kepakaran mereka, selain mencadangkan perlunya penglibatan pegawai KKM.
"Satu lagi kebimbangan adalah terdapat pertindihan antara pindaan akta ini dengan Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 masih terdapat jenayah atau kesalahan self administration of drugs seperti kes urin iaitu seseorang boleh disabitkan kesalahan sekiranya ditangkap pihak polis.
"Oleh kerana keadaan tersebut, sekiranya terdapat satu percanggahan antara pindaan akta ini dengan Akta Dadah Berbahaya ini boleh mencetuskan penyalahgunaan kuasa pada masa depan dan mungkin mengakibatkan berlakunya rasuah kerana sekiranya seseorang penagih atau pengguna dadah ditangkap, adakah dia akan ditangani di bawah akta ini atau Akta Dadah Berbahaya yang mempunyai kesan hukuman?," katanya.
Pada sesi itu, Wong Shu Qi (PH-Kluang) pula membangkitkan pindaan Seksyen 9 akta itu untuk mengenakan denda tidak lebih RM5,000 kepada ibu bapa atau penjaga kepada penagih dadah bawah umur dilihat satu tindakan terkebelakang.
Beliau berkata tindakan denda akan menyebabkan ibu bapa atau penjaga yang kurang berkemampuan untuk membayarnya akan memilih untuk tidak melaporkan kesalahan anak mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
"Pindaan ini perlu diteliti semula. Perkara ini akan menyebabkan mereka enggan melaporkan kesalahan anak bawah umur seterusnya menyukarkan usaha kerajaan dalam memulihkan penagih bawah umur," katanya.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor yang mempengerusikan sesi ketika itu turut meminta pandangan Syahredzan Johan (PH-Bangi) dan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) berhubung cadangan itu dengan masing-masing menyuarakan saranan yang berbeza.
Syahredzan yang bersetuju dengan Wong bahawa denda akan tidak menggalakkan ibu bapa atau penjaga melaporkan kesalahan anak mereka, berpandangan hukuman adalah jalan terakhir.
Amirudin pula berpendapat siasatan lanjut perlu dilakukan terhadap ibu bapa atau penjaga kepada penagih bawah umur kerana terdapat kemungkinan kesalahan itu dilakukan atas pengaruh atau kecuaian ibu bapa yang turut menjadi penagih dadah.
"Perkara ini perlu ditangani secara serius, tak boleh blanket dengan criminalised parents sahaja, tapi perlu ada siasatan kerana mungkin terdapat kecuaian ibu bapa serta faktor pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.
"Saya pro kepada (buat) siasatan dan bukan hukuman semata-mata, tetapi hukuman perlu kepada mereka yang benar-benar cuai dan sengaja menggerakkan anak dan isteri sebagai penagih dadah," katanya ketika berbahas.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Teresa Kok berkata cadangan untuk dirujuk ke jawatankuasa itu penting bagi membolehkan lebih banyak sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dilakukan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

Teresa Kok saman fitnah Akmal Saleh isu halal
Naib Presiden DAP, Teresa Kok memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lalu, berhubung isu sijil halal.

Kontroversi pensijilan halal berlaku sebab salah faham - Teresa
Teresa menyerahkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi penjelasan mengenai isu itu.

Pensijilan halal: Kertas siasatan ke atas Teresa Kok sudah diserahkan kepada AGC - KPN
Kertas siasatan membabitkan Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh
Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.

Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.

Sijil halal boleh untuk Islam dan bukan Islam, bertepatan fitrah - Fauwaz Fadzil
Sepatutnya tidak timbul sebarang masalah berkaitan sijil halal untuk perniagaan orang Islam dan bukan Islam memandangkan ia bertepatan dengan fitrah manusia.

Isu sijil halal: Teresa Kok pertimbang tindakan undang-undang terhadap Akmal Saleh
Teresa Kok sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada barisan peguam.

Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok
Teresa Kok menjelaskan beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jakim termasuk langkah pematuhan sijil halal.

Isu sijil halal: Kertas siasatan Teresa Kok dirujuk kepada AGC dalam 2 hari - KPN
Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh dua hari untuk tindakan lanjut.