PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
"Saya telah buat pembentangan kepada Jemaah Menteri. Kesemua cadangan pindaan ambil kira pendapat termasuk setelah Perdana Menteri buat perbincangan dengan ketua komponen parti Kerajaan Perpaduan dan ketua whip.
"Maka terhadap cadangan yang KDN bentang itu semua dipersetujui melainkan satu tentang Perkara 19(b)dan 14(1)(e). Itu kekal sepertimana sebelum cadangan diangkat oleh KDN," katanya dalam sidang media di sini.
Beliau berkata kesemua cadangan pindaan yang dikemukakan itu mengambil kira pendapat semua pihak dan melalui sesi libat urus kendalian KDN.
Saifuddin Nasution juga berkata beliau sendiri akan mengadakan satu lagi sesi libat urus dengan kelab penyokong Ahli Parlimen pada Isnin ini untuk memberi penerangan lanjut mengenai cadangan KDN itu.
Beliau berharap apabila cadangan KDN itu diluluskan di Parlimen, ia akan membolehkan proses permohonan kewarganegaraan dipercepat dan dilakukan dengan lebih jelas serta cermat.
"Apabila ia diluluskan dengan sokongan sekurang-kurangnya 148 Ahli Parlimen maka pelaksanaan proses permohonan warganegara yang diterima harus dilakukan dengan peraturan, kaedah dan mekanisme yang lebih jelas, berhati-hati dan cermat," katanya.
Sebelum ini, KDN mengenal pasti lapan perkara untuk dimasukkan sebagai cadangan dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan pemberian kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.
Saifuddin Nasution dilaporkan berkata jawatankuasa khas kementerian yang ditubuhkan bagi meneliti perkara itu bersetuju menerima kelapan-lapan perkara itu namun tiada ketetapan dibuat setakat ini kerana ia perlu melalui proses lain di pelbagai peringkat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024

Saifuddin berkata kesemua cadangan pindaan yang dikemukakan itu mengambil kira pendapat semua pihak dan melalui sesi libat urus kendalian KDN. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi'
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.

Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301
Enam tajuk penerbitan tersebut termasuk 'A Million Kisses In Your Lifetime' oleh Monica Murphy dan 'What If It's Us' oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.

KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.

KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.