Insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada satu majlis di Ulu Tiram, Johor baru-baru ini, adalah biadap dan tidak mencerminkan akhlak yang baik.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Jemaah Menteri memandang serius insiden serangan pada Jumaat lepas itu dan tindakan kasar tersebut perlu dikecam.
"Negara mempunyai undang-undang. Kerajaan mengamalkan "Rule of Law" (kedaulatan undang-undang) dan semua pihak tanpa kecuali, harus mematuhi undang-undang negara," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menegaskan bahawa pihak berkuasa juga mesti menegakkan undang-undang secara telusdan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak menghormati undang-undang.
"Hanya mereka yang menjadi anggota kerajaan yang berhak memberi arahan. Itu pun jika arahan bercanggah dengan undang-undang atau SOP (prosedur operasi standard), petugas tidak perlu bertindak," jelasnya.
BACA: Syed Saddiq terpaksa lari, guna jalan tikus, lompat pagar
BACA: 'Saya tidak mahu ada konfrontasi' - Syed Saddiq buka mulut isu panjat pagar
BACA: Polis tubuh pasukan khas siasat kekecohan program Syed Saddiq
Menurut kenyataan itu, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak termasuk di negeri-negeri, yang tidak menghormati undang-undang negara termasuk yang tidak mematuhi arahan yang diberi oleh kerajaan.
Pada 1 Feb, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) parti Bersatu berkata kumpulan tidak diundang seramai kira-kira 200 orang tiba-tiba muncul di majlis rapat umum yang dihadirinya, di Ulu Tiram dan melakukan provokasi.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan beliau terpaksa mengalah dan melompat pagar serta menggunakan 'jalan tikus' untuk mengelak kumpulan 'penyerang' berkenaan selepas dinasihat penganjur dan polis.
Polis kemudian menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas untuk menyiasat dan mengenal pasti suspek yang terlibat dalam insiden sekumpulan pemuda melakukan provokasi dan kekecohan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 05 2020
![Serangan ke atas Syed Saddiq biadap - Jemaah Menteri Serangan ke atas Syed Saddiq biadap - Jemaah Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51578881374_amanatkbs.jpg)
Pada 1 Feb lalu, seramai kira-kira 200 orang tiba-tiba muncul di majlis rapat umum yang dihadiri Syed Saddiq, di Ulu Tiram dan melakukan provokasi terhadapnya. - Gambar fail/Astro AWANI
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716127893_TBKEBUMISASPEK.jpg)
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
![Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712111629_tbNoorAzmanRahman.jpg)
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
![KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715945825_HannahYeoh.jpg)
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
![Persatuan Bola Sepak Singapura doakan Faisal Halim segera sembuh Persatuan Bola Sepak Singapura doakan Faisal Halim segera sembuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715250522_TBfaisalhalim.jpg)
Persatuan Bola Sepak Singapura doakan Faisal Halim segera sembuh
FAS bersolidariti dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mengecam sebarang bentuk keganasan terhadap pemain dan pegawai
![JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715159717_JDTLogo.jpg)
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
![Empat kanak-kanak maut lelaki bersenjatakan kapak serang prasekolah Empat kanak-kanak maut lelaki bersenjatakan kapak serang prasekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643300318_kapak.jpg)
Empat kanak-kanak maut lelaki bersenjatakan kapak serang prasekolah
Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak maut manakala beberapa lagi cedera dalam insiden serangan di sebuah prasekolah di selatan Brazil pada Rabu, menurut pihak berkuasa tempatan.
![Siasatan bersama dijalankan selepas suami Pelosi diserang dalam kejadian pecah rumah Siasatan bersama dijalankan selepas suami Pelosi diserang dalam kejadian pecah rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51667017780_TBSERANGANPAUL.jpg)
Siasatan bersama dijalankan selepas suami Pelosi diserang dalam kejadian pecah rumah
Polis Capitol AS membantu Biro Penyiasatan Persekutuan dan Polis San Francisco dalam siasatan bersama ke atas insiden itu.
![Serangan ke atas Syed Saddiq biadap - Jemaah Menteri Serangan ke atas Syed Saddiq biadap - Jemaah Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51578881374_amanatkbs.jpg)
Serangan ke atas Syed Saddiq biadap - Jemaah Menteri
Insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada satu majlis di Ulu Tiram, Johor baru-baru ini, adalah biadap dan tidak mencerminkan akhlak yang baik.
![Lapan cedera insiden tikaman di kompleks beli-belah Minnesota Lapan cedera insiden tikaman di kompleks beli-belah Minnesota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81474180412_Minnesota.jpg)
Lapan cedera insiden tikaman di kompleks beli-belah Minnesota
Serangan di Crossroads Mall, kira-kira 97km di barat laut Minneapolis itu berlaku sekitar jam 8 malam waktu tempatan.
![Serang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka: Lima ditahan, empat diburu - KPN Serang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka: Lima ditahan, empat diburu - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61473088432_IbrahimAnsar.jpg)
Serang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka: Lima ditahan, empat diburu - KPN
Lima yang ditahan itu berumur lingkungan 27 hingga 56 tahun ditahan di sekitar Dengkil, Perak dan Kuala Lumpur awal pagi ini oleh pasukan polis Selangor.