SINGAPURA: Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) pada Khamis mendoakan agar pemain sayap sensasi Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim (Faisal Halim) cepat sembuh dan pulih sepenuhnya selepas cedera teruk dipercayai disimbah asid.
FAS berkata ia berharap untuk melihat pemain bola sepak yang lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kembali ke padang.
"FAS bersolidariti dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mengecam sebarang bentuk keganasan terhadap pemain dan pegawai," kata FAS menerusi hantaran di laman media sosialnya pada Khamis.
Pemain berusia 26 tahun yang lebih mesra disapa 'Mickey' oleh peminatnya mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan susulan insiden di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei.
Mohamad Faisal telah menjalani dua pembedahan dan kini berada dalam fasa rawatan rekonstruktif, yang melibatkan pembaikan struktur dan pemulihan struktur badan pemain itu.
Ini merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan.
Serangan terhadap pemain bola sepak negara berterusan apabila pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim pula diserang dua lelaki menaiki motosikal yang memecahkan cermin bahagian belakang keretanya menggunakan tukul besi di Johor Bahru, pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) bersolidariti dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mengecam sebarang bentuk keganasan terhadap pemain dan pegawai.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Faisal Halim kini dipindahkan ke wad biasa
Faisal bagaimanapun masih lagi dalam pemantauan pihak perubatan dan tidak akan dapat menerima pelawat.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.